Wednesday, March 23, 2016

Friday, October 30, 2015

CINTA...

....Tak pernah mudah....
sapa kata mudah 
dia GILA....!!

hahahahahahahah....~~~~

to you...

who ever fall in love...

gooo gooo...!! chaiyookkk...!!!

even its not always running smooth, love is everything....~~~

goo...!! run to your crush.
say "HEY YOUUUU....!!! IM IN LOVE......!!!! IM IN LOVEEEE WITH YOUUUUU......!!!!
go baby go....!!!

Run to your LOVE....!!!

Make it happen nowwww....!!!!!!!!


Tuesday, August 25, 2015

BOSAN

Tak ada jiwa betul berada di sini. tempat ini. entah di mana silapnya. walaupun yang paling atas sekali amat2lah baik. tapi masih..... terasa jiwa itu berada di tempat lama. feel yang lain. hari-hari berdoa supaya suatu hari aku ditempatkan semula di sana. di tempat asal. kawan-kawan serta kerja yang lebih mencabar. di sini... sentiasa rasa BOSAN......... (T_T) 

Moga ada keajaiban membawa aku ke situ semula suatu hari nanti.... bantulah aku....... (T_T)

Thursday, August 13, 2015

DIA SUAMIKU....

Petang itu terasa sungguh nyaman. angin bertiup sepoi-sepoi menyapa pipi gebu Safiya. berteleku di laman sambil menanti kepulangan suaminya. katanya ada hal penting hendak dibincangkan. entah hal apa dia tidak pasti. Safiya tidak begitu ambil pusing. sebenarnya dia lagi tidak sabar untuk bertemu suaminya itu. seakan jam lambat bergerak. ada berita gembira yang dinantikan selama ini yang hendak diberitahu kepada suaminya. senyumannya meleret...

Ngauman enjin City kedengaran tidak lama kemudian. senyuman di bibir safiya semakin lebar saat melihat suaminya keluar dari kenderaan dan menuju ke arahnya. handsomenya laki aku ni. bisik safiya di dalam hati.  senyuman masih tidak lekang dari bibirnya. tangan Ariz dicapai dan di cium dan dahi Safiya dikucup lembut oleh Ariz seperti kebiasaannya.

"banyak kerja hari ni bi?"Safiya menyoal Ariz sambil menuangkan minuman untuk suaminya.
"hmm... penat."Ariz menjawab ringkas. air teh dihirup. sekilas dia memandang ke arah Safiya. lain macam wajah isterinya itu hari ni. berseri-seri. senyuman tidak lekang dari bibirnya. 
"bi, tadi kata ada hal penting nak bagitau. apa dia? cakap lah."Safiya bersuara. 
"malam nanti lah bi bagitau. penatlah."Ariz beralasan. sebenarnya. dia tidak tahu bagaimana hendak memulakan bicara dengan isterinya itu. perkara ini agak rumit untuk dibincangkan. dan dia pasti Safiya tidak akan mudah untuk menerimanya. dia menarik nafas dalam. "apa kata sayang dulu yang bagitau bi apa yang penting sangat tadi.."Ariz tersenyum. 
"no. kita akan bagitau sama-sama, ok..??"Safiya membalas. Ariz hanya mengangkat kening dan membalas kembali senyuman isterinya itu. kini terasa ada debaran kecil dalam dadanya. 

Senja melabuhkan tirai. usai solat maghrib berjemaah, Ariz tergesa-gesa menuju tandas.perutnya terasa memulas. lama jugak dia didalam. saat itu, handphone Ariz berbunyi menandakan ada mesej masuk. safiya yang masih bertelekung terasa bagai ditarik-tarik untuk melihat gerangan siapakah dan apakah kandungan mesej tersebut. sebelum ini dia tidak pernah pulak berbuat demikian. tidak pernah dia berniat hendak memeriksa telefon suaminya itu. tetapi hari itu, bagaikan ada magnet yang telah menarik beliau. 

Saat telefon di capai dan mesej dibaca, air mata Safiya bagaikan mengalir laju. hancur luluh hatinya. saat itu jugak Ariz kembali dari tandas dengan senyuman di bibirnya. ada sesuatu di tangannya. mungkin inilah perkhabaran gembira yang hendak diberitahu isterinya itu petang tadi. namun  mata Ariz terpaku saat melihat Safiya yang sedang menangis teresak-esak sambil memegang telefon bimbitnya. Ariz terpaku. 

"sayang......"Ariz memegang bahu Safiya dan telefon di tangan Safiya dicapai. matanya membulat saat terpandang paparan mesej di skrin. 'jumpa di tempat biasa esok hari. miss you...' mesej dari Aisya. jantung Ariz seakan terhenti. tuhanku... 

"sayang.. bi boleh explain this.."Ariz cuba memujuk Safiya. 
"ini ke hal penting yang you nak bagitau i petang tadi..?"Safiya sudah mula teresak-esak. bahasanya juga sudah berubah. 
Ariz telan liur. "sayang....."dia memanggil safiya dengan nada lembut
"jangan panggil i sayang.....!!!"Safiya menjerit separuh hati pada suaminya itu. tangan Ariz yang masih dibahunya direntap kasar. dia ingin berlalu dari situ. 
"sayang please... dengar dulu apa bi nak cakap."Ariz menyambar tubuh genit Safiya itu dan memeluknya.
"no..!! there is nothing to explain..! you nak cakap apa..? you nak cakap yang you dah lama berhubung dengan this girl...??? dah sampai masa you nak kawen dengan dia....??? dasar jantan tak guna...!!"Safiya cuba meronta-ronta dari pelukan Ariz. 
"ya. memang bi nak cakap semua tu tapi bi dah ubah fikiran."Ariz masih mendakap isterinya. satu kucupan hinggap di dahi Safiya yang masih cuba meleraikan pelukan kemas Ariz. "please... dengar dulu apa bi nak cakap." Ariz menyambung. pelukan dileraikan dan ditarik tangan Safiya duduk di birai katil. Air mata masih tidak berhenti mengalir dari matanya. 

"sayang. bi tak serious dengan Aisya. kami baru berkenalan belum pun sampai 3 bulan. dia yang cuba nak mengorat bi awak yang handsome ni tau. tapi bi masih setia dengan sayang.." Ariz sedikit berseloroh. matanya dikenyit pada Safiya. namun, Safiya seperti mahu termuntah mendengar penjelasan suaminya itu.
"ohh.. ber miss you love you tu tak serious..?? habis apa definisi serious pada you.....??!!! you jangan buat i muntah kat muka you boleh tak..? you memang gatal..!" Safiya membalas dengan nada yang masih geram.
Ariz tergelak kecil. "sayang nak muntah sebab ni ya....?" Ariz menunjukkan Safiya pregnancy test kit yang dibawa bersamanya dari tandas tadi. senyuman masih terukir dibibirnya. namun Safiya masih mencuka. 

Memang itulah perkhabaran gembira yang hendak katakan pada Ariz. selepas hampir 9 tahun menanti dengan penuh kesabaran. namun, mood Safiya sudah hilang. kini hanya ada perasaan benci yang menebal pada Ariz. dia  tidak mahu memandang wajah Ariz pun. meluat rasanya dengan suaminya itu. 

"sayang.. pandang sini. pandang bi. please.."Ariz cuba memujuk isterinya itu. wajah Safiya dipalingkan supaya memandang ke arahnya. Safiya masih mencuka. "bi mintak satu peluang untuk betulkan keadaan, ok..? esok kita jumpa Aisya sama-sama."Ariz seakan merayu. 
"nak jumpa buat apa..? nak melamar perempuan tu depan i..??"Safiya separuh menjerit. 
Ariz tergelak kecil. membuatkan Safiya semakin sakit hati. "nak melamar apanya. nak explain kt dia la... about our relationship..."Ariz menerangkan.
"huh..! explain konon. tadi cakap tak serious. pastu nak explain about relationship pulak.. you ingat i nak percaya cakap you." Angin Safiya masih belum sejuk nampaknya.
"ok macam ni. biar bi ceritakan. bi berkenalan dengan Aisya masa kitaorang sama-sama handle projek di perak dulu. kami jadi rapat sebab urusan kerja. tapi bi tak bermaksud untuk berpacaran dengan dia... bi cuma..." belum sempat Ariz menghabiskan ayat Safiya dah menyampuk. 
"cuma apa....???? cuma nak menggatal...?"
Ariz tersenyum. haiiii la perempuan... bila dah panas lambat betul nak sejuk. "sayang... bagi bi habis cakap dulu boleh?"
Safiya hanya menjeling tajam. Ariz menyambung ceritanya tadi. bersungguh-sungguh mempertahankan diri. Safiya sudah mendengar dengan tenang. tiada lagi tengkingan dan herdikan dari beliau. 

"puas hati sekarang...?"Ariz bertanya selepas selesai ceritanya. 
"macam mana i nak percayakan you. betul tak ada satu pun yang tertinggal dalam cerita ni..? betul you tak reka cerita..?"Safiya seakan tidak berpuas hati.
"betul...sumpah" Ariz bersumpah sambil mengangkat tangannya. 
"entah lah i boleh percayakan you ke tak.." Safiya angkat kaki ingin berlalu dari situ. 

Ariz mengekor langkah Safiya. "ok, kalau sayang masih tak percaya, esok kita jumpa Aisya sama-sama, ok..?" Ariz bersungguh-sungguh. Safiya tidak membalas. dia berlalu pergi meninggalkan Ariz yang sugul.

*********************************************************************************

Mereka bertiga duduk di meja di bawah rimbunan pokok rhu di taman tasik permaisuri. wajah tenang Safiya menimbulkan seribu satu persoalan di minda Ariz. Aisya pula seolah-olah tidak keruan. keadaan sunyi sehingga Ariz memulakan bicara. 

"Aisya. hari ni i nak berterus terang dengan u. bersaksikan isteri i yang sedang hamil 1 bulan ni. i nak you tahu, selama 3 bulan perkenalan kita ni i tak pernah menyimpan walau sekelumit pun perasaan terhadap you. dan i harap you pun sama."

Safiya yang sedari tadi kelihatan tenang memandang Ariz. pandangan kemudian dialihkan ke arah Aisya yang berubah wajah. 

"bi, mudahnya bagi you kan..." entah mengapa Safiya berasa sayu melihat wajah Aisya ketika itu. perasaan marahnya yang sedari semalam bertukar menjadi simpati pada gadis yang dia kira lebih berusia dari beliau. garis-garis kecil dibawah mata gadis itu jelas membutktikannya. "bi, you pergi dapatkan i tau fu faa.. teringin pulak rasanya nak makan"Safiya mengalih pandangannya dari Aisya dan menyuruh suami itu membelikan tau fu faa. Ariz mengerutkan dahinya. kaget. "mana ada jual tau fu faa kat sini, sayang.." Ariz seperti buntu seketika. "pergi cari kat kedai lain. cepat la bi, baby dah lapar ni..." Safiya sengaja ingin Ariz berlalu dari situ supaya dia boleh berkata-kata dengan Aisya. 

Ariz akur... dia berlalu pergi meninggalkan Safiya dan Aisya berdua. jauh di sudut hati dia bimbang Safiya akan bersikap agresif terhadap Aisya. mana la tahu, pembawaan orang mengandung ni pelik-pelik. Ariz tersenyum sendiri. 

"maaf kalau hari ni i mengganggu temujanji you dengan my husband."Safiya memulakan bicara selepas Ariz hilang dari pandangan. 
Aisya yang sedari tadi tunduk memandang meja mengangkat wajahnya memandang Safiya. 
"saya yang patut minta maaf. saya...."suara Aisya tersekat menahan sebak. "saya tak bermaksud mengganggu rumah tangga puan dengan suami. saya cuma...." Aisya tidak mampu lagi menahan sebak. ada esakan kecil kedengaran. dia kemudian menyambung. 
Safiya mencapai sehelai tisu dan diberikan kepada Aisya yang sudah mula mengalirkan air mata. dia menyambung. "saya sunyi. saya tak punya sesiapa selepas putus tunang 5 tahun lepas. sejak itu, hati saya sudah tertutup untuk mana-mana lelaki."Aisya berhenti seketika dan menyapu air mata yang semakin laju mengalir. "tapi... sejak berkenalan dengan Ariz 3 bulan lalu, saya rasa.."suara Aisya tersekat lagi. 
"rasa you dah jatuh cinta dengan suami i..?"Safiya lantas menyambung. suaranya sedikit keras. 
Aisya hanya mengangguk. dia tidak berani lagi hendak memandang Safiya ketika itu. 

Keadaan sunyi seketika. Safiya sugul. jauh di sudut hati, rasa kasihan juga pada gadis bertudung litup di depannya itu. dia faham, sebagai wanita, Aisya hanya inginkan kasih sayang dari seorang lelaki tambahan lagi Aisya agak sudah berusia.

Safiya menarik nafas dalam. "i simpati dengan nasib you. i jugak faham apa tujuan you sebenarnya dengan suami i. tapi... untuk berkongsi kasih..."Safiya tidak menghabiskan ayatnya membuatkan Aisya memandang ke arahnya... Safiya menggeleng kepala. menandakan tidak. dia tidak rela berkongsi kasih sayang suaminya itu dengan orang lain. 

Walaupun jauh di sudut hati Safiya, dia tahu, sebenarnya malam tadi Ariz ingin berterus terang dengannya bahawa dia ingin mengahwini Aisya kerana zuriat. tetapi hajatnya itu lantas terbatal sebaik saja Ariz menemui pregnancy test kit secara tidak sengaja di dalam tandas kerana Safiya terlupa untuk menyimpannya di tempat lain. 

"sebenarnya Aisya, i tak kisah kalau Ariz nak berkahwin lagi. tapi, bila i dapat tahu kesabaran i selama ni membawa hasil, i terus berubah fikiran. mana mungkin i besarkan anak i dalam keadaan ayahnya masih bergelar pengantin baru bersama orang lain. u mungkin fikir i ni kejam, tapi Ariz hak i. dia suami i hingga akhir hayat. i love him."Safiya berterus terang. 

Aisya mengangguk lemah. dia faham. mungkin jika dia di tempat Safiya, dia juga akan bertindak demikian. berkongsi kasih bukan perkara yang mudah dan remeh. banyak perkara yang perlu dikorbankan.

"saya faham,puan. maafkan saya kerana pernah menyimpan perasaan sayang pada suami puan. saya tahu, puan begitu mencintainya. begitu jugak dia. Ariz pernah bercerita kepada saya, betapa beruntungnya dia kerana beristerikan puan. hari ni, saya lihat sendiri betapa cinta antara kalian berdua begitu utuh."Aisya akhirnya mengalah. air mata sudah berhenti mengalir."saya minta diri, sekali lagi saya mohon maaf kepada puan kerana mengganggu rumah tangga puan. kirim salam pada Ariz. Assalamualaikum....."Aisya menyalamai Safiya dan terus berlalu pergi. dia tak sanggup lagi berada di situ. sebelum Ariz kembali eloklah rasanya dia beredar. Safiya menghantar pemergian Aisya dengan perasaan sayu. rasa bersalah pada wanita itu datang tiba-tiba. namun, perasaan cinta kepada Ariz mengatasi segala-galanya....

Ariz kembali tidak lama selepas Aisya pergi. satu senyuman dihadiahkan untuk isteri tercinta. Safiya membalas lemah. 
"thank you, sayang..."tiba-tiba Ariz bersuara menyebabkan Safiya mengerutkan dahi.  
"thank you for what..?"dia bertanya kehairanan.
Ariz menguntum senyum. "bi dah saksikan segalanya. bi tak ke mana-mana ada di belakang tu je."Ariz menerangkan keadaan sebenar dimana dia hanya menyembunyikan diri d sebalik pokok tidak jauh dari tempat mereka duduk tadi. dia tahu Safiya hanya beralasan minta belikan tau fu faa itu.
"baguslah kalau bi dah dengar segalanya. tak payah lah bi calling si Aisya tu mintak cerita apa yang berlaku tadi."Safiya memerli Ariz membuatkan suaminya itu tergelak kecil.
"ok, sekarang jugak bi padam nombor Aisya. tengok ni, bi padam."Ariz mengeluarkan telefon bimbit dari poket dan menunjukkan yang dia sedang memadam nombor Aisya dari memori telefonnya. 
Safiya mencebik. 

Ariz mendapatkan isterinya. bahu Safiya disentuh lembut. perut comel Safiya diusap perlahan. Safiya menyandarkan kepala di bahu suaminya. matanya dipejam perlahan. terasa syahdu. 

"Allah menguji hambanya dengan berbagai ujian kan, bi. tapi sayang percaya. kalau Allah dah bagi sayang mengandung, tak mustahil Allah akan bagi Safiya suami suatu hari nanti..."Safiya bersuara sambil memeluk erat suaminya.
"hmm....betul. nanti bi cuba ngorat lagi."Ariz beseloroh sambil tersengih.
Safiya yang masih memeluk Ariz ketika itu meleraikan pelukan dan mencubit perut Ariz.
"adoiiii...."Ariz menjerit kecil dan ketawa 
"try la kalau nak merasa first night kat hospital." Safiya mengugut Ariz membuatkan Ariz ketawa terbahak-bahak. Safiya mencuka.
"bi gurau je la.... bi dah ada sorang cukup la... nanti tak cukup bajet nak majlis grand-grand."Ariz masih mengusik isterinya. ketawanya bersambung.

Senja semakin hampir. suami isteri itu berlalu pergi. saat itu, Ariz berjanji pada diri sendiri, Safiya dan kandungannya akan dijaga sebaik mungkin. dan Ariz tidak akan mengulangi lagi kesilapan itu.. biar menjadi pengajaran dalam hidupnya....









                    

Wednesday, August 12, 2015

THANK YOU....

....for being a good husband to me. 
....for being a good daddy to our kids.
....for everything you've done to us...

I Love You always... dear husband.....

Tuesday, August 4, 2015

NOBODY PERFECT...!!

Why you just cant leave them alone..??? 
nobody in this world is perfect. so do you... 
please.... don't feels that you are an angle and judging people. 
you are not perfect too....~~~~ 

Friday, July 10, 2015

THE DESIRE


I believe everybody in this world have their  desire... so do i...
and i always pray for the miracle....
how i wish..... 



Always in my dream....
want to be there one find day....
the city of love....
PARIS......

And this....
love the little simple cottage.....
my home my paradise....



Original LV bag collection.....




If i got this, i will never ask for anything else.......




opppssss.... there is one more thing, i want to meet this king arthur
a.k.a bradley james......


hahahahahhaha.........
oh.... what a wonderful dreams...... 
(^_^)