Berkali-kali Jannah cuba menghidupkan enjin skuternya. namun, tidak sekali pun berjaya. Jannah naik hangin. terasa mahu dihamunnya benda tidak bernyawa itu. dia lantas mengeluarkan telefon dari poket jeansnya untuk menelefon bfffnya.. joe.
"Joe..!! kau kat mana..?"
"ade kat rumah aku ni. nape...?
"Joe. kau kena tolong aku. moto taknak idop arrr...! entah ape masalahnye..! tolong arr joe..! aku lost ni..!"
"lokasi..?"
"biasa...."
"20 minit aku sampai."
"20..??? lamanya joe.. bukannya jauh sangat pun dengan rumah kau..."
"aku tengah memerut nih..! sabar arrr.."
"owhh... hahaha... sorry joe... oklah. take your time.. aku tunggu kau.."
Jannah mengeluh. disepaknya tayar skuter sebelum berlalu semula ke dalam restoran nasik kandar kampung pandan. tanda protes. matanya liar mencari-cari tempat duduk. kot-kot ada yang kosong. ternyata..! semuanya penuh..! haii laa.. manusia-manusia ni tak reti-reti nak balik rumah ke...?? semak je lah...! Jannah merengus..! hatinya makin panas...!
Tidak sedar, kelakuannya itu sedari tadi diperhatikan. lantas, si pemerhati yang berada tidak jauh dari tempat beliau berdiri menegur.
"motor tak mau start ke...?" sapa si pemerhati
Jannah terkedu. seakan-akan recognize suara tersebut. lantas beliau berpaling.
Gulp...!!!! Prince Charming...!!! teringat beliau insiden2 semasa di motor tadi. Jannah menelan liur.
"Haah...! tak nak idop..! entah ape problemnye."
Prince Charming tersenyum. Jannah lantas melemparkan pandangan ke arah lain.
"duduklah.." pelawa Prince Charming sambil mengisyaratkan ada kerusi kosong untuk Jannah.
Jannah terkesima lagi. siot..! dari tadi mata aku melilau cari tempat duduk, rupenye ade je dekat sebelah aku nih..! cisss..! penat berdiri..!
tak cakap banyak, Jannah terus duduk. kakinya kebas selepas beberapa kali cubaan menghidupkan enjin skuternya dan berdiri dalam tempoh yang agak lama.
Prince Charming senyum. hah sudah..! jangan senyum lagi. boleh kena heart attack oiii... kau tu hensem. senyuman kau bisa melaharkan gunung berapi. kau tak tau ke..?? tak da sesiapa pernah bagitau ke..?
"tinggal dekat-dekat sini ke..?" Prince Charming cuba memancing Jannah nampaknya.
"haah. apartment depan tu. sewa." Jannah menuding jari ke arah bangunan 30 tingkat yakni yang menempatkan rumah bilik sewanya.
"owh... saya pun tinggal dekat-dekat sini je... nampaknya selalu la kita berjumpa lepas ni." Prince Charmng bersuara.
Gulp...!! selalu berjumpa...! why...?? what...?? when...??? i want. i want...!!! Jannah menggedik-gedik di dalam hati.
"why selalu berjumpa pulak..??" Jannah bertanya disertai gelak-gelakkan kecil. terasa lucu dalam masa yang sama ingin menutup kegugupan beliau. sungguh. ini kali pertama beliau berkomunikasi dengan stranger yang dirasakan begitu kacak sekali. setiap kali memandang wajah Prince Charming terutama matanya, jantungnya bagaikan dipanah petir...!!!
"Hehe.. tak de lah.. dah u pun dekat-dekat sini. i pun dekat-dekat sini. selalu la kita jumpa... kalau jodoh tak kemana...."
"hahahaha....." Jannah tergelak besar. Jannah gugup. namun berjaya disembunyikan dengan gelakkan beliau.
"begitu pulak..." aminnnnnnn. gelak-gelak beliau pun sempat lagi beliau mengaminkan doa tersebut. mana la tau masin mulut Prince Charming, one fine day, jadilah aku Princess Charming. hahahaha... Jannah gelak jahat di dalam hati.
"so, tengah tunggu siapa ni..?" Prince Charming bertanya.
"my bff..."
"sorry..?" Prince Charming mengerutkan dahi. tanda tidak faham.
"haha.... my best friend forever." Jannah menerangkan.
"owhhh..... hahaha... i dont know that term. this is my first time to hear that" Prince Charminng berterus terang.
"ya ke... ingatkan tau. haha.. dah lama orang guna la..." Jannah mengenakan Prince Charming.
Prince Charming cuma tergelak kecil.
"hmm.. macam-macam bahasa zaman sekarang ni. i pun pening. tapi what ever pun, i believe, bff u tu mesti yang paling setia kan...?" Prince Charming menghabiskan ayat itu dengan senyuman di hujungnya.
gulp...!! jannah telan liur lagi. why this Prince Charming asyik tersenyum je...??? aku cair kau pahamm...???
"ye.. bff paling setia. member comolot sejak zaman sekolah..! hahaha..." Jannah dan Prince Charming ketawa serentak.
#bersambung ke part 5
No comments:
Post a Comment