#Part 17
Farizal menanti dengan penuh debaran di dalam kereta. satu kesyukuran bila akhirnya Jannah sudi keluar berdating dengannya. Farizal tersenyum sendirian. teringatkan gadis itu yang penuh dengan seribu satu alasan sebelum hari kejadian.
Dari kejauhan, terlihat kelibat Jannah yang agak berbeza dari hari biasa. Dress labuh warna jingga dihiasi belt dipinggang dan seluar jeans biru. nampak biasa. namun rambut ikal yang disanggul dikepala membuatkan Jannah kelihatan lebih feminin. saat dia menghampiri kereta Farizal dan tersenyum ke arahnya sungguh, jantung Farizal seakan terhenti seketika. Ya Allah. comelnya. bisik Farizal didalam hati. dia hanyut seketika.
"lama tunggu?" suara Jannah yang sudah melabuhkan punggung ditempat duduk penumpang mengembalikan Farizal ke alam nyata.
"tak lah. baru sampai je.." Farizal tersenyum. Jannah membalas senyuman itu. Farizal tak keruan. senyuman itu dirasakan begitu indah.
"so, kita nak ke mana ni?" Farizal begitu gugup sehingga tidak sedar yang dia telah tersalah soalan.
"ha..? eh, dia datang ambik kita, dia pulak tanya kita nak ke mana..?" Jannah ketawa geli hati.
gulp..! ape bodohnya aku ni pun. Farizal sedar akan kesilapan. namun dia berjaya menutupnya dengan ketawa.
"tak de la kot u ada idea nak ke mana-mana. atau u tak kisah i bawak u ke mana je?" Farizal memutar belit.
"tak kisah... jangan sampai ke hotel sudah. u have no idea i am the owner of black belt in tae kwan do." Jannah memberi amaran keras. konon. kelas tae kwan do pun tak pernah hayat dipijaknya.
Farizal tergelak besar dengan kata-kata Jannah.
"walaupun sekadar lunch di hotel..?" Farizal mengusik.
"ya. walaupun." Jannah menjawab ringkas membuatkan Farizal terus ketawa. "amaran keras". Jannah menyambung sambil menyarung kaca mata hitamnya.
Farizal masih ketawa. Jannah memang sorang yang penuh dengan idea nakal. kerana itu, dia senang mendampingi Jannah. yang sentiasa membuat dia gembira dan ketawa tak kira masa. kadang kala bila teringatkan Jannah, Farizal akan tersenyum sendiri. bagaikan gila bayang.
Jauh perjalanan mereka hari itu tidak disedari langsung. mereka berdua begitu asyik berbual. berbagai topik. dari topik biasa hinggalah topik kerjaya. Jannah langsung tidak kekok berkongsi cerita begitu juga Farizal. sedar tak sedar, mereka sudah tiba di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.
Mereka berjalan beriringan menyusuri pantai yang memutih. angin sejuk yang bertiup dari arah laut terasa begitu mendamaikan. Jannah berjalan sambil memerhati pasir putih. dibiarkan kakinya dipukul ombak. sesekali terkuis-kuis kulit kerang yang terdampar. dia berhenti seketika. tunduk dan mencapai satu kulit kerang. menegakkan badan semula lalu dibalingnya kulit kerang ke laut. Farizal hanya memerhati tingkah Jannah.
"tak cukup jauh la.." Farizal mengusik. dia tersenyum. "tengok i pulak." dia menyambung lalu mencapai satu kulit kerang yang terdampar dan dicampak ke laut.
"erk? macam tu je..? ingatkan tere sangat... jauh 2 inci lebih sikit dari saya tadi je.." Jannah memerli Farizal yang seakan hendak tunjuk tere. Farizal tergelak. niatnya memang begitu tadi. tapi nampaknya nasib tak menyebelahi dia hari itu.
"Jannah, jom duduk kat sana." Farizal mengajak Jannah ke bawah pokok redup berdekatan wakaf sewaan banana boat di hujung sana. Jannah hanya menggangguk.
Mereka duduk menghadap pantai. suasana masih meriah walau jam hampir menunjukkan jam 5.40 petang. angin yang mulanya bertiup sepoi-sepoi itu sungguh mendamaikan jiwa. lama kelamaan semakin rancak. Jannah menarik nafas dalam-dalam dan memejamkan matanya. begitu nikmat rasanya dapat menikmati angin pantai itu. teringat dia akan kampung halaman. sewaktu dia selalu mengikut ibu dan ayahnya ke bendang untuk mengerjakan sawah. Jannah cuma menjadi pemerhati. bukan senang mengerjakan sawah. peluh keringat yang menitik hampir membasahi keseluruhan baju. namun, angin yang bertiup segera mendamaikan jiwa. terasa sejuk seluruh badan yang sudah dibasahi peluh. namun, itu dulu. ketika zaman kanak-kanaknya. menginjak ke alam dewasa, Jannah langsung sudah tidak ambil tahu lagi akan hal sawah padi, lebih-lebih lagi bila dia pernah terkena gigit dengan lintah. sejak itu, dia serik hendak ke sawah lagi.
Jannah tersenyum mengingat kembali saat-saat itu. matanya dibuka. betapa memori lampau telah membuatkan Jannah terlupa akan Farizal yang sedari tadi asyik memerhati gelagat Jannah.
"senyum sorang-sorang. teringatkan buah hati ke..?" Farizal bersuara lembut.
"tak ada lah. teringat kisah lama je.. zaman-zaman ikut mak ayah pegi sawah. best. angin macam ni lah. tenang je rasa."Jannah tersenyum. sanggulnya dicabut. mengurai rambutnya yang panjang sehinga ke paras belakang. Farizal telan liur. "tapi tu dulu. lama dah.. masa tu kecik lagi." Jannah menyambung. rambutnya yang mengurai itu disisir-sisir dengan jari. dan dibawa ke depan. Farizal hanya memerhati. "sekarang dah tak de dah. saya pun dah besar. mak ayah pun dah tua. dah tak larat dah nak ke sawah. sekarang, ayah upah orang je tolong usahakan sawah tu." Jannah masih menyambung cerita tentang sawah.matanya leka memerhati aktiviti di tengah laut. langsung tidak sedar yang Farizal sedang leka memerhati tindak tanduknya sedari tadi. "encik Farizal pernah ke sawah?" Jannah menyoal serentak menoleh ke arah Farizal yang sudah hanyut entah ke mana bersama perasaanya yang terbuai. dia tersentak saat Jannah menoleh ke arahnya. tersenyum.
"senyum? bermaksud? pernah pegi tak?" Jannah kaget dengan senyuman Farizal itu.
"pegi mana?" soal Farizal kembali. sungguh dia langsung tidak mendengar butir bicara Jannah sebentar tadi. dia begitu terbuai dengan perasaan.
"sawah.." Jannah mengulangi
"oh.. tak. saya kan orang KL. KL mana ada sawah. KLCC ada la. pernah pegi?" Farizal mengangkat sebelah kening.
"cheh..!! belagak...." Jannah mencebik. dijelingnya Farizal menyampah.
Farizal tergelak kuat. "Arwah mama dan ayah asal Pahang. so, memang tak pernah la i ke sawah. mana nak cari sawah padi kat Pahang, sayang... sawit ade la.. nak?" dia mengusik Jannah. masih ketawa. mengharap Jannah membalas.
"oh.. maaflah. saya tak tahu pasal parent En. Fariz." Jannah rasa serba salah.
"eh. its ok lah.. dah lama dah.. car accident." Farizal menerangkan. Dia tidak mahu bercerita lebih lanjut.
"oh.." Jannah membalas ringkas. pandangannya dilontarkan semula ketengah laut.
suasana sepi seketika. Jannah menongkat dagu dilututnya yang ditegakkan. jari-jemari kakinya menguis-nguis pasir dihujung.
"Jannah..." Farizal memanggil Jannah lembut.
Jannah menoleh. matanya bertentangan dengan mata Farizal yang cerah bercahaya.
"Jannah.. actually, i..." Farizal gugup.
"yea.. u..?" Jannah menyambung.
Farizal menarik nafas dalam. dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Jannah hanya memerhati. sebaik terpandang kotak empat segi kecil bewarna biru gelap, darah Jannah berderau. gulp..! dia telan liur. Farizal tersenyum.
"nah. untuk u." Farizal menghulurkan kotak itu kepada Jannah.
"eh. kenapa pulak untuk saya? tak nak lah." seperti biasa. bila gemuruh Jannah akan kelam kabut. Farizal ketawa.
"take it. please. this is for u." Farizal mengangkat sebelah keningnya. sambil mengisyaratkan Jannah supaya mengambil kotak itu dari hulurannya.
Jannah kaget. mahu diambil atau tak. masih berkira-kira. dipandangnya Farizal yang masih tersenyum menanti dengan sabar.
Akhirnya Jannah mencapai kotak kecil tersebut dari tangan Farizal. "bukalah." Farizal mengarahkan. perlahan-lahan kotak kecil itu dibuka. saat terpandang isinya, mata Jannah membulat. mak datuk.... cantiknya.... berlian berapa puluh karat ni... gila lah. kau beli kat aku ke ni.... cantiknya... ini gaji aku setahun belum tentu dapat beli berlian macam ni tau. cantik oiii... cantikk...!! aku nak. aku nak...!! Jannah terjerit-jerit di dalam hati.
"cantik." ringkas saja ayat Jannah. matanya masih terpaku pada cincin berlian didalam bekas. bersinar-sinar ditambah pula dengan cahaya matahari petang itu yang akan berlabuh pada bila-bila masa sahaja. memang cantik sangat. Jannah tak tahu nak cakap apa lagi.
"suka?" Farizal bertanya.
"suka la jugak.." Jannah berlagak selamba. seperti biasa.
"pakailah." Farizal seakan mengarahkan budak kecil.
"eh, tak naklah." Jannah menolak. bekas kecil itu ditutupnya. lalu dihulurnya semula kepada Farizal.
"kenapa? Jannah tak suka? atau nak i yang sarungkan kat jari u?" Farizal tersentak dengan tindakan Jannah namun masih cuba bergurau.
"jangan nak berangan." Jannah menjawab ringkas. dia bangun dari duduknya dan ingin berlalu meninggalkan Farizal.
Farizal terkejut dengan tindakan Jannah. dia turut bangun dan melangkah mendapatkan Jannah yang sudah meninggalkannya beberapa tapak ke hadapan.
"Jannah. kenapa ni..? i ada buat salah dengan Jannah ke?" Dahi Farizal berkerut. Jannah ketawa kecil membuatkan Farizal semakin curious. Farizal tidak puas hati. dia menghalang langkah Jannah seterusnya. kini dia berdiri bertentangan dengan gadis kecil molek itu. Jannah berhenti melangkah.
"Jannah..?" Farizal inginkan penjelasan. Jannah hanya memandang Farizal dengan senyuman. kau ni harap muka je hensem kan, tapi brain kosong. kau ingat aku hadap sangat ke berlian kau tu. cakap je la terus terang kau nak couple dengan aku. tu pun payah ke..? kata-kata itu tersekat dikerongkong.
Namun disebabkan kesian melihat Farizal yang sudah bertukar wajah hampir 100 peratus itu, Jannah akhirnya bersuara.
"Encik Fariz. iya. saya suka sangat dengan berlian Encik Fariz tu. tapi tak bermakna saya terima." Jannah sengaja membiarkan ayatnya tergantung. dia ingin melangkah pergi. namun Farizal menahannya.
"tapi kenapa?" Farizal masih tidak dapat tangkap maksud Jannah. dahinya berkerut lagi.
"En. Fariz.... bukan semua perempuan pandang pada kebendaan, ok.. sebaiknya, en. Fariz berterus terang dengan saya, apa tujuan sebenar encik bawak saya sejauh ni dan tiba-tiba bagi saya cincin berlian bagai yang belum tentu saya mampu beli walau dengan duit gaji yang saya kumpul setahun tu?" akhirnya Jannah meluahkan apa yang terbuku dihati.
Oh.... Farizal faham akhirnya. dia tersenyum. dah tentu la Jannah terkejut beruk. tiba-tiba dapat cincin macam tu entah dari sapa-sapa. mungkin Jannah boleh tersalah anggap. senang cerita, Jannah mahu dia berterus terang. rasa mahu ditumbuk mukanya ketika itu. kerana terbodoh sendiri.
"maafkan i Jannah. i nervous. i tak tahu macam mana nak bagitahu Jannah. i thought u will be happy when u see the ring. i am so sorry... i know u are not that type of girl. my mistake. really sorry Jannah. i memang bodoh." Farizal memohon maaf. bersungguh-sungguh nampaknya. dan giliran Jannah pula merasa serba salah dengan Farizal. kejam sangat ke aku ni? Jannah tergelak.
"comel." Jannah seakan-akan memujuk Farizal. bahu lelaki itu ditumbuk perlahan. Farizal tersentap. dia senyum akhirnya.
"so, en. Fariz, sebelum matahari terbenam ni, nak cakap tak apa-apa sebelum en. Fariz buat salah lagi?" Jannah pura-pura bertanya. dia ketawa kecil. geli hati dengan Prince Charming dihadapannya kini.
Farizal menarik nafas dalam-dalam.
"ok lah, i berterus terang. i want a serious relationship dengan Jannah. will u..?" akhirnya Farizal meluahkan apa yang terbuku dihati.
Jannah tergelak membuatkan Farizal bertanda tanya.
"haa.. boleh pun cakap terus terang... saya dah tahu lah...." Jannah semakin galak mengusik Farizal. dia melangkah pergi meninggalkan Farizal yang masih berteka teki.
"hey. tunggu." Farizal menjerit kepada Jannah yang sudah berlari-lari anak menuju ke gigi air. "mana jawapan i..? hey..!!" Farizal masih menjerit-jerit sambil mengejar Jannah.
"over here..." Jannah mengisyaratkan agar Farizal datang kepadanya di gigi air. Farizal mendapatkan Jannah. "stop..!" Jannah mengarahkan. "i do....!!" Jannah melaung sambil mencedok air laut dan melepaskannya ke arah Farizal.
"hey....! basahlah...!! Farizal berpura-pura marah. namun, kalimah i do tadi jelas terngiang di telinganya. senyumannya lebar hingga ke telinga. dia ingin menangkap Jannah yang terus mencedok air ke arahnya. namun gadis itu lebih dulu berlari naik ke darat dengan ketawanya yang sungguh riang. Farizal mengejar dari belakang.
Dan malam pun berlabuh dengan membawa bersama hati mereka yang mula berputik bunga-bunga cinta...
#bersambung ke part 18
No comments:
Post a Comment