Thursday, January 15, 2015

CINTA JANNAH

#part 18

Tujuh bulan berlalu. sungguh tak disangka sekejap sahaja masa berlalu. tinggal lebih kurang sebulan lagi Jannah akan bergelar isteri orang. berbagai persiapan telah dilakukan. dan yang paling penting Farizal adalah orang yang paling gembira didunia bilamana Jannah bersetuju untuk terus berkahwin dengan Farizal walaupun dalam tempoh perkenalan yang begitu singkat. 

Pagi itu Jannah keluar membeli belah dengan Farizal. masih ada sikit barang lagi yang perlu dicari. penat berpusing di dalam pasaraya, Farizal mengajak Jannah mengisi perut yang mula mendendangkan rock kapak. 

Saat hendak melangkah keluar dari sebuah kedai Jannah terpandang kelibat seseorang. seperti dikenalinya. Joe. dia ingin meluru keluar. hendak memastikan samada benar itu Joe atau orang lain. namun sebaik melangkah keluar dari kedai kelibat itu menghilang. Farizal yang perasan akan tindakan Jannah itu menegur. 

"sayang. kenapa ni? tergesa-gesa je." Farizal bersuara lembut.
"tak ada apa." Jannah menjawab ringkas. satu senyuman dihadiahkan untuk Farizal dan mendapat balasan dari bakal suaminya itu. 

Mereka berlalu pergi. perhatian Jannah terganggu sekali lagi. dia nampak Joe. Confirm. itu Joe. terasa mahu dikejarnya Joe. namun masih waras akan Farizal yang berada disebelahnya. 

"abang. Jannah pergi tandas sekejap ye." Jannah mencari alasan. entah bila dia mula berbahasakan abang dengan bakal suaminya itu Jannah dah lupa.
"ok. abang tunggu sini tau." Farizal tersenyum. 

Jannah melangkah pantas. matanya liar memerhati sekeliling. sekilas dia terpandang Joe tidak jauh dari situ dengan beberapa biji kertas berisi barang ditangannya. Jannah mengejar. 

"Joe..! Joe..!" Jannah memanggil jejaka itu. namun suasana yang agak bising dalam pasaraya ketika itu agak membataskan pendengaran Joe. jejaka itu terus melangkah sambil matanya menaip sesuatu di telefon. "Joe....!!!!!" kali ini Jannah menjerit sekuat hatinya.

Joe tersentak. dia berpaling ke arah suara itu. Joe kaget. kelihatan Jannah sedang tersenyum ke arahnya. belum sempat Joe menegur Jannah, tiba-tiba muncul seorang gadis manis bertudung litup mendekati Joe. giliran Jannah pula tersentak. senyumannya hilang. lama dipandangnya gadis itu dan Joe. bergilir-gilir. 

"Jannah..? apa kau buat kat sini?" Joe menyoal. 
Jannah kaku. dia kehilangan kata-kata. dia kehilangan idea. dia sendiri tertanya-tanya kenapa dia kejar Joe tadi.

"sayang.. u cari tandas tak jumpa ke?" Farizal yang sedari tadi memerhati gelagat Jannah tiba-tiba muncul dari belakang mengejutkan Jannah. namun gadis itu masih terpinga-pinga. tiada satu pun kata-kata yang keluar dari bibirnya. "Joe. lama tak jumpa." Farizal bersalaman dengan Joe. "girlfriend?" Farizal menambah apabila perasan ada seorang gadis berdiri betu-betul disebelah Joe. Jejaka itu hanya tersenyum. "ini Batrisya. adik angkat saya. Batrisya, ini encik Farizal, bakal suami Jannah. dan yang ni Jannah. member bertumbuk abang sejak zaman perang Jepun." Joe memperkenalkan dan masih sempat bergurau. Farizal tergelak kecil. namun Jannah tersentak.


"bila kau ada adik angkat Joe? kenapa aku tak tau pun?" Jannah menyoal Joe seperti orang salah. Joe mengerutkan dahi. baru saja hendak membuka mulut Farizal terlebih dahulu menyampuk.

"sayang.. tak kan semua cerita Joe nak bagitahu." Farizal tersenyum hambar.
Joe tak ingin memanjangkan cerita. dia lantas mengubah tajuk.
"shoping barang kawen ke..?" 
"hmm.. barang-barang untuk tuan puteri." Farizal mengusik. Jannah yang disebelah dikerling sekilas. dia perasan gadisnya itu tidak ceria. tiada langsung senyuman seperti kebiasaan bila berjumpa Joe. "Joe, nanti jangan lupa datang tau. bawak Batrisya sekali. u are invited." Farizal berbahasa. mengangkat kening ke arah batrisya dan tersenyum.
"In Syaa Allah.." Joe membalas ringkas. dimindanya masih bersarang dengan persoalan kenapa Jannah mengejarnya sebentar tadi. 
"Joe, Batrisya, minta diri dulu ya. tuan puteri cari tandas tak jumpa tadi." Farizal meminta diri. Jannah masih membatu. namun dia hanya mengikuti langkah Farizal. 

Joe menoleh ke arah pasangan itu sekilas walau sudah melangkah pergi. Batrisya yang disebelahnya menegur. 


"Hensem kan bakal suami kak Jannah tu. macam mat saleh gitu. memang kacukan ke?" Batrisya seolah-olah teruja. 

"tak lah. dia pernah tinggal kat oversea dekat 10 tahun. study dan kerja sekejap. tak sampai setahun pun lagi balik ke Malaysia. bekenan dengan mat saleh kot. tu yang muka ala-ala pelakon Hollywood." Joe menerangkan. 
"oh... bertuah kak Jannah tu kan.. suami hensem. tengok macam loaded je pulak tu.." Batrisya kagum.
"abang pun nak kaya macam tu jugak. Isya doakan ye." Joe bergurau. 
"In Syaa Allah." Batrisya tersenyum. 


#bersambung ke part 19


No comments:

Post a Comment