Friday, January 9, 2015

CINTA JANNAH

#Part 8

Majlis kenduri kahwin kawan sepejabat Jannah begitu meriah. mata Jannah begitu asyik memandang pasangan pengantin yang sedang bersanding di atas pelaminan. mungkin terlalu kagum dengan pasangan yang sama cantik sama padan itu. dalam diam diakui, kawannya Iffah begitu cantik. sempurna pada pandangan matanya. sebelum ni, di pejabat tak pernah pun dilihat kawannya itu sebegitu berseri-seri sekali. mungkin tidak pandai bergaya semacam dirinya jugak. 

Joe diam seribu bahasa. makanan didalam pinggannya terasa lambat hendak dihabiskan. Jannah perasan akan hal itu lalu menegur Joe. 

"lambatnya kau makan Joe. bukan kau champion kalau bab-bab makan nih. apesal hari ni lambat pulak? kau dah makan sebelum datang tadi...?"
"tak lah. cumanya tak berapa nak kena dengan selera aku lah lauk dia."
"hahaha... macam bukan Joe je kau nih. selalu, kau telan je kena tak kena dengan tekak kau tuh. macam-macam hal." Jannah masih tidak perasan akan perubahan Joe. matanya terpandang sekumpulan kawan-kawan pejabatnya berdekatan dengan meja makan beradat pengantin. dia melambai2kan tangannya ke arah mereka. 

"Joe, aku ke sana kejap. kejap lagi aku datang balik. kau lambat sangat makan. tunggu aku tau. jangan tinggalkan aku pulak. hahaha" 
"okey.." 

Jannah berlalu pergi. Joe menghantar Jannah dengan pandangannya yang sayu.

Mana mungkin aku tinggalkan kau Jannah... kenapa dan mengapa aku harus tinggalkan kau... 

Oiii...!! kau dah kenapa Joe...? apehal pulak kau tak nak tinggalkan Jannah?? itu bukan awek kau pun Joe...! dia bukan awek kau..! okey..??! lantak dia lah kalau dia nak pergi mana buat apa sekalipun. bukan masalah kau...! 

Minda separuh sedar Joe menjerit-jerit. seleranya mati. dalam keadaan yang entah yang semacam apa itu Joe tetap tidak boleh malarikan pandangan matanya terhadap Jannah yang sedang bergambar dengan mempelai. terlihat-lihat Jannah tersenyum. ketawa dan sesekali berposing mengalahkan pengantin. Joe ralit memerhatikan gadis itu. terasa tidak boleh dilarikan lagi bebola matanya. Jannah dirasakan begitu mempesonakan. oh Jannah..! mengapa tiba-tiba sahaja...~~ 



#bersambung ke part 9

No comments:

Post a Comment