#Part 1
Hari tu Jannah terjaga dari tidurnya yang nyenyak. Menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sesekali menguap-nguap besar seperti bayi yang baru lahir dan menggeliat malas. Sekilas dia menjenguk hujan diluar. Sungguh lebat. Rahmatmu Ya ALLAH. Bisiknya dalam hati.
Jannah bingkas bangun dari katil. Lagi meggeliat malas. Telefon diatas meja dicapai. Sambil mulut yang masih menguap sebesar alam matanya membulat sebaik saja terpandangkan jam yang tertera di skrin telefon. Hampir jam 4 petang...!!! gila..!! ini gila..!! beliau lantas mencapai tuala yang tersangkut dihujung katil lalu berlari ke bilik air bagi membersihkan diri.
Usai mandi, beliau baru tersedar yang ketika itu, perutnya tersangatlah lapar. lalu teringat, kali terakhir perutnya diisi adalah 10 jam yang lalu iaitu ketika dia keluar melepak bersama joe, bfffnya dan menghentam satu pinggan besar nasik kandar mamak kari kepala ikan kampung pandan.
Jannah bersiap ala kadar. Masa tidak boleh dibazirkan. Perutnya yang bernyanyi-nyanyi sumbang itu perlu dihentikan segera. Lantas beliau mencapai helmet dan kunci skuternya. Syukur, hujan jua sudah berhenti. Ngauman enjin skuter Jannah memecah hening petang itu. Matlamatnya cuma satu ketika itu, MAKAN....!!! Tiada apa lagi yang lebih penting selain MAKAN..!!!
#bersambung ke part 2
No comments:
Post a Comment