#Part 5
Lama jugak mereka berbual. patutlah mamat ni macam dok speaking2 London je.. baru 2 minggu pijak Bumi Malaysia tercinta ni ha... baru habis Ph.D. di Universiti of Birmingham. no wonder la, beliau tak paham pun apa itu bff sebab setahu Jannah hanya rakyat malaysia tercinta ni saja yang guna term tu. tapi, ya ke.. entah. Jannah corious. hahaha.
Dan ternyata lagi, Jannah sungguh-sungguh tertipu dengan kekacakan Prince Charming yang berusia 35 tahun itu. sungguh. pada fikiran Jannah wajah Prince Charming hanya berusia 1 tahun tua daripadanya yakni 26 tahun.
Dalam kelekaannya melayan Prince Charming berbual, henfon Jannah berbunyi-bunyi.
"joe..! kau dah sampai ke..?"
"haah.. aku kat moto kau nih. mana kau..?"
"aku datang."
Jannah bingkas bangun.
"oklah encik. bff saya dah sampai. pegi dulu ye. jumpa lagi.." Jannah minta diri.
"ok. errr.. sapa nama u ye.. dah lama bercakap-cakap terlupa nak bertanya nama." Prince Charming bertanya.
"Jannah." jawabnya ringkas dengan senyuman.
"ok, Jannah. nice name. hope to see u again. btw, i am Farizal. simply call me Fariz. no encik encik." Prince Charming memperkenalkan diri di sulami ketawa kecil.
"owh.. ya.. pegi dulu Encik Fariz.. Hahaha..." Jannah gelak nakal. Maaflah, aku tak biasa kowt panggil orang yang lebih berusia dari aku dengan nama je.. cam kurang ajaran je kan.. hehehe..
"ye lah.." Prince Charming juga ketawa.
Jannah berlalu pergi. kelihatan Joe sedang membelek-belek skuter Jannah dengan alatan-alatan ditangannya. entah apa yang dibeleknya Jannah tidak tahu. sekejap-sekejap dia cuba menghidupkan enjin namun tidak berjaya. sekejap-sekejap dibelek-beleknya lagi. entah. Jannah hanya memerhati tingkah Joe. sesekali dia menyoal. namun, tidak satu pun yang difahaminya. memang dia tidak tahu langsung. kosong ilmu tentang motosikal. dia hanya tahu menunggang dan bayar insurans tiap-tiap bulan.
Tanpa sedar, dari jauh, kelakuan kedua-dua manusia itu menjadi perhatian sepasang mata. lebih-lebih lagi Jannah. sepasang mata itu seakan-akan tidak mahu berganjak dari memerhatikan Jannah. hingga timbul satu perasaan. semakin diperhatikan, semakin mendalam perasaan itu. beliau lantas bangun, menuju ke kaunter untuk membayar. lama baru dapat membuat bayaran. time tu jugaklah ramai yang nak blah. masa hari tengah cerah tadi kau tak ingat nak balik kan... ni time aku pun nak blah, korang pun nak jugak... Farizal mengomel-ngomel di dalam hati.
Selesai membuat bayaran, Farizal ingin berlalu pergi ke tempat Jannah dan Joe tadi. namun, hampa. kelibat mereka berdua tidak kelihatan lagi. mungkin skuter Jannah sudah boleh digunakan. Farizal masih mencari-cari. melilau-lilau matanya seakan-akan masih menaruh harapan. namun, jika sudah tertulis tiada jodoh, maka tiadalah...
#bersambung ke part 6
No comments:
Post a Comment