#Part 16
Jannah tersenyum memandang Joe yang melangkah longlai ke arahnya dari parkir motor lokasi biasa mereka melepak. tewas jugak mamat ni dengan ugutan taknak kawan forever and ever. merajuk konon. baru tak whatsapp 3 hari kot.. mengade.
"ape sengih-sengih. kerang busuk ke..?" Joe membuka bicara sebaik saja punggugnya dilabukan ke kerusi.
"kau ar busuk. merajuk konon. pehal? dah tak nak kawan ngan aku ke..?" Jannah membalas.
"kau yang tak nak kawan dengan aku. aku demam. ade kau jenguk aku..?" Joe cuba bikin Jannah berang. tak sangka malam dia berbohong pada Jannah yang dia demam, rupanya keesokan hari betul-betul beliau jatuh demam. padah berbohong gamaknya.
"kau yang tak kasi aku jenguk kau kan.. kakak tak de katenye. kau lupa ke? lagipun aku ada hantar mesej what... kau tu yang tak reti balas..." Jannah memang agak berang.
Ye tak ye juga... siot. aku nak kenakan dia. aku yang terkena balik. Joe bermonolog. suasana bisu seketika. ditatapnya wajah Jannah yang dirindui. muncung Jannah yang sedepa itu membuatnya tersenyum. dia tahu Jannah sentap.
"senyum sikit Jannah. muncung kau tu boleh sangkut baju." Joe tergelak kecil.
"sangkut kau pun boleh." Jannah membalas.
"aku ni berat kau tau. sumbing mulut kau nanti. boleh bayang tak mulut kau sumbing?" Joe terjuih-juih. Jannah yang melihat Joe yang gigih akhirnya tergelak juga.
"hahaha.. hodoh arrr Joe.." Jannah masih tergelak.
"haa.. gelak pun kau.." Joe lega. dapat melihat senyuman gadis itu sudah cukup meleraikan rindu yang bersarang di hati.
Jannah menyambung bermain candy crush di telefon sedang Joe leka meneliti setiap inci muka bulat Jannah. baby face. comel. kenapa la aku tak pernah perasan pun sebelum ni. saat Joe sedang asyik melayan perasaan, tatkala itu Jannah mengalihkan pandangannya ke arah Joe. berderau darah Joe ketika itu. gulp..! kau perasan ke Jannah aku dok perati kau dari tadi.
"kau tak order minum ke Joe?" Jannah menyoal.
"nak order ni. err.. bhai..!" Joe memanggil pelayan di hujung sana. fuhh..!! lega. Jannah tak perasan yang aku dok perati dia dari tadi.
Jannah ralit dengan candy crushnya. membuka ruang kepada Joe untuk terus meratah setiap inci wajahnya yang gebu itu dengan matanya. semakin dipandang, semakin laju degupan jantung Joe. seakan tidak mahu lagi mengalihkan pandangan ke arah lain. matanya seakan-akan melekat di situ.
Deringan henfon Jannah akhirnya menyedarkan Joe. matanya terus dilarikan ke arah lain. Jannah tersenyum sebelum menjawab panggilan. Joe curious.
"Hello..." senyuman masih melekat dibibirnya.
"Hai sayang.. buat ape tu.." si pemanggil bertanya.
"sayang..? who..?" Jannah tergelak nakal. saja dia menyakat.
"haha.. my sayang. may be not now, may be one day. who know kan...?" jejaka dihujung talian mengusik.
"hmm.. ye la tu... kalau never pun may be jugak kan..." seperti biasa Jannah tak kan mahu mengalah.
"hehe.. i akan usahakan jugak. just u wait." Farizal mengaku. bukan mudah memikat Jannah. tapi dia tak kan berputus asa. "u buat apa tu? kat mana sekarang?" Farizal menyambung.
"tempat biasa. dengan orang biasa. meh datang. lepak together." Jannah menerangkan.
"oh.. tak pe lah. i kat sabah ni. esok baru balik."
"ya ke.. ada apa kat sana? melancong?" Jannah menyoal.
"tak lah. kerja la.. u pernah sampai sini?" Farizal bertanya.
"tak pernah." Jannah menjawab ringkas.
"nanti i bawak u datang. honeymoon. mau?" Farizal menyakat. dia tergela-gelak.
"tak nak lah. tak hengen.. saya nak honeymoon dengan Bradley James, ok. ataupun yang ada iras-iras beliau je. selain dari itu, sorry. and for sure, u are not listed..!" Jannah tergelak sebaik saja menghabiskan ayat-ayatnya.
"eleh.. tu pun kalau mamat saleh tu nak pandang u, kalau dia tak pandang, u jangan nak cari i pulak. i yang sorry kan u nanti." Farizal membalas. dia juga tergelak.
Perbulan diteruskan. Joe yang sedari tadi menjadi pemerhati setia rasa berbulu. wajahnya kelat. dia tahu siapa pemanggil tu. walaupun dia tahu Jannah ramai peminat, namun dia yakin yang sedang bercakap dengan Jannah itu adalah Farizal. Joe cuba berlagak selamba. membelek-belek telefon sedangkan dadanya bagaikan hendak pecah menahan cemburu mendengar setiap bicara Jannah. sesekali disulami ketawa. sungguh dia cemburu. terasa ingin blah dari situ, namun ditahan perasaannya. cuba memekakkan telinga dan membutakan mata.
"Farizal..?" Joe menyoal sebaik saja talian diputuskan.
Jannah cuma tersenyum. matanya dikenyitkan. Joe perasan wajah Jannah berseri-seri. sungguh Joe sakit hati. mata Jannah yang bersinar jelas menggambarkan perasaannya yang sedang berbunga bahagia.
"Joe, kalau aku couple dengan Farizal kan, kau rasa sesuai tak..?" Jannah tiba-tiba bersuara setelah beberapa ketika menyepi membuatkan Joe yang sedang menyedut minumannya tersedak dan terbatuk-batuk.
"kau serious ke Jannah?" Joe meyoal setelah batuknya hilang. dadanya bagaikan pecah.
Jannah tersenyum. tangannya bermain-main dengan henfonnya. soalan Joe masih tiada jawapan.
"Jannah. aku tanya ni." Joe tidak sabar.
Jannah tergelak kecil. "entahlah Joe, mula-mula aku kenal dia aku tak pernah terfikir pun. tapi makin lama aku berbual dengan dia plus kesungguhan dia, aku jadi suka. terasa macam ada kimia lah Joe. kimia kau tau..?" Jannah tergelak-gelak.
"gatal ea Jannah. mentang-mentang Farizal tu hensem. tetiba berkimia-kimia bagai... kau ingat kau lawa..?" Joe cuba berlagak selamba. dah agak Jannah pasti akan menyuarakan tentang hal tu.
"lawa la jugak.. nak dibandingkan dengan kau yang hitam tu." Jannah gelak terbahak-bahak.
"ape hal aku pulak... kau yang gemuk." Joe buat-buat ketawa. Jannah masih menyeringai.
"serious Joe. aku rasa selesa dengan beliau. aku tak pernah rasa macam ni dengan yang lain. aku rasa aku dah tangkap cintan la Joe dengan mamat tu." Jannah berterus terang namun masih dalam gayanya yang bersahaja.
Joe tersentap. belum pernah Jannah berkata-kata begitu. dia tahu Jannah betul-betul maksudkan perasaannya terhadap Farizal walaupun dengan gayanya yang selamba. ditatapnya Jannah yang masih tersenyum. dia tahu, gadis itu sedang dihambat bahagia.
"kau dah pernah berdating dengan dia ke?" soal Joe.
"belum. aku cuma pernah jumpa dia sekali. err. dua. tapi kedua-duanya secara tak sengaja." Jannah tersenyum. terimbas kembali pertemuan kali pertama. betapa hangat pelukan kemas Prince Charming yan menangkapnya ketika hampir terjatuh akibat tersadung.
ya. kali pertama memang tak sengaja. tapi kali kedua itu dirancang. dan yang merancangnya adalah aku..! Joe memberontak. namun kata-kata itu hanya dibiarkan bergema didalam hati. tidak terluahkan.
"aku rasa aku nak bagi dia peluang la Joe. aku pun teringin jugak nak disayangi dan menyayangi." Jannah berkata selamba.
gulp..! Joe telan liur.
"bukan aku dah sayang kau dan kau pun sayang aku ke Jannah. kau nak disayangi macam mana lagi..?" Joe berpura-pura. perasaannya dikawal sebaik mungkin. namun, hanya tuhan yang tahu betapa bergeloranya hati Joe saat itu.
"kau lain.. kita kan bff. gipun, kau dah macam sedara aku la Joe.. kau cari la awek, mana tau, kalau betul jodoh aku dengan Farizal, aku kawen dengan dia nanti, sunyi pulak kau tak de teman melepak." Jannah tergelak besar mengusik Joe.
"dating pun belum... dah berangan tinggi-tinggi. esok jangan si Farizal tu tak muncul-muncul, kau nak hegeh-hegeh kat aku yang hitam ni. baru ada akal kot.." Joe mencebik.
Jannah tergelak lagi. "alah Joe... kalau bukan dengan kau, dengan sapa lagi aku nak hegeh-hegeh kan..."Jannah langsung tidak sedar yang Joe betul-betul maksudkan kata-katanya sebentar tadi.
Debaran di dada Joe makin kencang. Jannah betul-betul serious nampaknya. perkataan kawen dengan Farizal benar-benar menyentap tangkai hatinya.
"doakan aku ye Joe.." sebaris ayat Jannah yang ringkas itu menambahkan lagi sengsara hatinya. namun Joe tersenyum hambar. cuba menyembunyikan perasaannya yang seribu satu macam ketika itu.
#bersambung ke part 17
No comments:
Post a Comment