Monday, January 12, 2015

CINTA JANNAH

#Part 15

Jannah begitu ralit menaip dikomputer sehinggalah ada seseorang menegurnya. 

"cik Nur Jannah?"
"ya..saya.." Jannah tersentak. dipandangnya lelaki itu dengan sejambang bunga mawar putih di pelukan lelaki itu. tertera perkataan Bonnie Bouquet di baju T lelaki itu. 
"pesanan ni untuk cik. sign sini." lelaki menghulurkan buku catatan dan pen. 
"hah..?? untuk saya..?? serious..?? hahaha.. macam tak caya je... sapa bagi ni" Jannah seperti mahu pengsan. tidak percaya ada yang sudi memberinya bunga. tak pernah sehayat dia menerima bunga-bunga segar seperti itu. 
"iye.. cik punya. dari peminat misteri." penghantar pesanan tersenyum. 

Jannah menandatangan di buku catatan penghantar pesanan. "terima kasih."
"sama-sama." Penghantar pesanan berlalu pergi. 

Berdebar-debar Jannah mencapai kad ucapan bewarna pink yang terletak diantara bunga-bungaan. sekilas dia mencium bau-bauan mawar segar. bunga kesukaan Jannah. sungguh harum. terasa mahu ditelan bunga tersebut. 

Kad ucapan dibuka. tertulis mesej ringkas "so, be my friend?". Jannah tersenyum. dia seakan-akan dapat meneka siapa gerangan yang menghantar beliau sejambak mawar putih yang mewangi itu.

Terimbas kembali peristiwa di mamak nasik kandar kampung pandan tempoh hari. pertemuan yang tak disangka. Namun telah dirancang tanpa pengetahuan Jannah sehingga ke hari ini. Farizal bersungguh-sungguh menyatakan hasratnya untuk mengenali gadis itu. dia juga ada meminta nombor telefon Jannah. terbayang-bayang sikap gentleman jejaka tampan itu. dan hari ni, dia menerima sejambak bunga mawar puteh yang melambangkan kesungguhan. 

Jannah tersedar dari lamunan apabila henfonnya berdering. dicapainya. tertera nama Prince Charming. Jannah tersenyum lebar. 

"Hello.." Jannah bersuara. 
"Hey.. u got it..? Farizal terus kepada tajuk.
"waalaikumsalam" Jannah sengaja mahu mengenakan Farizal. 
"hahaha... oppss... sorry.. assalamulaikum sayang.." Farizal membalas. nakal ye.. 
"wah.. miang nampaknya... terkena hama bunga ros ni ke..?" Jannah tak mahu mengalah.
"hahaha... u memang macam-macam kan..? ada je idea nak kenakan orang." Farizal ketawa terbahak. "suka?" tanyanya selepas ketawanya kembali reda. 
"hmm... kena fikir dulu lah suka ke tak.." Jannah masih mahu mengenakan lelaki itu.
"ai.. nak suka pun nak kena fikir dulu ke? tak pernah dibuat orang." Farizal seakan-akan protes.
"hahaha.. orang tak buat tu yang saya suka buat." kali ni giliran Jannah pula ketawa. 

Hampir setengah jam Jannah melayan Farizal bercakap. daripada hendak bertanya khabar bunga terus melarat-larat. kalau tak teringatkan appointmentnya dengan client yang sudah menunggu di luar pejabatnya, Farizal belum tentu mahu memutuskan talian. bahagia sungguh rasanya bila dapat berbual dengan Jannah. 

"ok lah Jannah. i got to go. hope to see u again next time. i miss you.." Farizal berterus terang membuatkan Jannah terkesima. tiada kata terucapkan lagi. "hello.. Jannah. are u there..?" Farizal memanggil.

"yeah.. im here." dalam kegugupan Jannah menjawab. 
"Jannah. nanti i call lagi boleh..? i suka berbual dengan u." Farizal penuh mengharap.
"sure." Jannah menjawab tanpa ragu-ragu lagi. 
"yeah. thanks. bye Jannah." Farizal hampir memutuskan talian namun, Jannah seakan-akan tersedar.
"thanks for this lovely roses. really love it. thank you. bye." Jannah tak sanggup lagi. dia gugup. belum sempat Farizal membalas, Jannah sudah memutuskan talian. 


#bersambung ke part 16

No comments:

Post a Comment