Monday, January 12, 2015

CINTA JANNAH

#Part 10

Fatimah hairan dengan sikap Joe 2 3 minggu kebelakangan ni. sebelum ni, kalau hari cuti tak pernahnya lekat di rumah. ada je aktiviti dengan Jannah. tapi sekarang, Joe lebih suka menghabiskan masa di rumah. melayan anak-anaknya. kadang-kadang menolong anak-anaknya membuat kerja sekolah. kadang-kadang melayan kartun. kadang-kadang Joe membantu mengemaskan rumah. sampaikan abang ipar beliau pun pelik dengan sikap Joe yang tiba-tiba berubah menjadi rajin itu. 

"kakak tengok kau sekarang dah jarang keluar kalau hari tak kerja. kau dah tak lepak dengan Jannah ke?" disapanya Joe yang khusyuk menonton Tom and Jerry.
"lepak jugak. tapi dah kurang dah sekarang. nanti selalu sangat lepak dengan dia takut pulak orang nak dekat dengan Jannah tu." Joe menjawab kakaknya, matanya masih terpaku di kartun namun fikirannya sedikit terganggu. jammed. kakak perasan rupanya.
"aik.. lain macam je bunyi ayatnye Joe. kenapa? Jannah dah ada boyfriend ke?" Fatimah memancing. 
"belum. ni yang Joe cuba jauhkan diri dari dia ni. kekonon nak bagi peluang la si Jannah tu cari boyfriend. hahaha" Joe cuba berlagak selamba. 
"ye la tu Joe... macam akak tak pernah bercinta. akak dah dekat 40 tahun hidup kat dunia ni tau. dah banyak garam akak telan lebih dulu dari kau."
"hahaha.. ade-ade je akak ni. Jannah tu kawan baik Joe la kak.. tak kan nak bercinta dengan kawan baik sendiri kot..." Joe cuba menafikan perasaannya.
"Joe, percayala kata-kata akak kau ni. dalam dunia ni, tak pernah ada istilah kawan baik dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan. akak tau, kau dah mula sayang Jannah kan?" Fatimah serkap jarang membuatkan Joe tersentak.
"kakak.... mana ada la... Joe tak da apa-apa perasaan pun kat Jannah... cuma..." Joe tidak menghabiskan ayatnya. tidak pasti apa yang patut dikatakan lagi. 
"cuma.....?" Fatimah tersengih.

Joe terdiam. entah. Joe sendiri tidak pasti. cuma?? arhh.. Joe tersedar. dia terperangkap dalam jerat Fatimah. 

"haha... Joe. akak faham. come on, Joe, kalau betul Joe sayangkan Jannah. you should go for it. terus terang pada Jannah. sebelum terlambat." Fatimah mengenyitkan matanya sesudah ayat terakhir itu. 

Joe menguntum senyum. "terima kasih kak. kakak dah kembalikan semangat Joe semula. ok, Joe jumpa Jannah sekarang jugak..! terima kasih kakak... thank you. thank you. thank you..! muahh.. sayang kakak...!" Joe bingkas bangun dan memeluk fatimah. 

Kata-kata kakaknya itu ada benarnya. cuma sekarang, Joe kena berani. berterus-terang dengan Jannah. ya..! dia harus..! 



#bersambung ke part11


No comments:

Post a Comment