Friday, January 16, 2015

CINTA JANNAH

#Part 20 (final)

Haruman dari bunga-bungaan segar di pelamin mini begitu mengasyikkan. gabungan warna putih, pink dan biege kesukaan Jannah. semuanya sempurna. telah dirancang begitu rapi oleh Prince Charming. hanya untuk gadis idamannya. dan berharap agar Jannah berpuas hati dan gembira. 

Jannah yang diandam oleh jurusolek pro yang diupah oleh Farizal begitu becok memuji-muji kesepadanan pasangan pengantin itu. dia merasakan Jannah begitu bertuah kerana memiliki Farizal yang punya segalanya selain wajah yang tampan.   


Namun, Jannah seperti separuh sedar. bebelan jurusolek hanya masuk ke telinga kanan dan keluar ke telinga kiri. hatinya dapat merasakan seperti seolah-olah ada yang tidak kena. jantungnya berdegup kencang seperti seolah-olah ada sesuatu yang akan berlaku. dia mengintai ke luar tingkap setelah sudah disiapkan. tercari-cari kelibat seseorang. namun tidak kelihatan. 


Dia mencapai telefon. mendail nombor yang dicari. tiada jawapan. berkali-kali. namun masih tiada jawapan. jantungnya semakin berdegup kencang. Ya Allah. tenangkan hatiku ini. Jannah berdoa di dalam hati. dia tidak pasti apakah perasaannya ketika itu. samada debaran menanti saat diijabkabulkan atau lebih kepada perasaan yang dia sendiri tidak tahu apakah ia. Jannah mencuba lagi. 


"Jannah. imam dah sampai tu. jom lah keluar. duduk atas pelamin." Fatin, jurusolek Jannah tadi mengajak. nombor yang didail tadi diputuskan. Jannah berlalu pergi bersama Fatin. namun bila sampai di ambang pintu, Jannah berdalih. "Fatin, kejap lagi saya keluar. tetiba rasa nak buang air pulak. Fatin pegi dulu ye." Jannah mengharapkan Fatin keluar dari situ. 

Fatin tersenyum. "nervous?" bertanya pada Jannah.
"very the." Jannah menjawab dengan gayanya. 
Fatin tergelak. "jangan lama-lama tau. cair mekap tu nanti." Fatin berlalu pergi.

Jannah menutup pintu bilik. henfon dicapai. Joe..! please answer me Joe. please. Jannah berdebar-debar mendail nombor Joe. kali ni dia menerima jawapan dari mesin. Jannah kecewa. Joe mematikan henfonnya. entah kenapa hatinya bagai ditikam pedang. otaknya begitu ligat mengingati Joe.


Kakak..! ya kakak..! Jannah teringatkan Fatimah. kakak Joe. dia lantas mendial nombor telefon Fatimah. 


"kakak..! ini Jannah. kakak, Joe mana?" Jannah terus kepada tajuk. dia begitu ingin tahu keadaan Joe ketika itu.

"eh, Jannah tak tau ke?" Fatimah kehairanan. dahinya berkerut. bukankah sepatunya hari ni Jannah diijabkabulkan. kenapa Jannah sibuk-sibuk pasal Joe pulak.
"tau apa kak..? tau apa?" Jannah tak sabar lagi.
"Joe kat airport sekarang. dia kena pegi Jepun 6 bulan. berkursus. lagi 2 jam berlepas." Fatimah menjawab soalan Jannah. 
"apa? Joe tak pernah bagitau pun. kenapa dia tak bagitau Jannah. bila dia dapat tahu?" Jannah menyoal Fatimah bertalu-talu.
"Jannah.. sabar, Jannah. bukan ke hari ni Jannah nak kawen? Joe tak nak bagitau sebab dia tak nak Jannah kecik hati dia tak dapat datang sebab kebetulan, flight dia sama dengan tarikh Jannah nikah. dia cuba jugak mintak dengan company supaya tukar tarikh. tapi tak boleh. semuanya company dah aturkan. macam mana pun, Joe tetap kena pegi hari ni." Fatimah menerangkan panjang lebar. Jannah terdiam. tiada kata terucapkan. 

"Jannah. kakak mintak maaf. kakak tahu ini bukan masa yang sesuai untuk bagitahu Jannah. tapi kakak tetap kena bagitahu Jannah tentang satu perkara." Fatimah menyambung setelah agak lama menyepi. 

"apa dia kakak? cakaplah." Jannah ingin tahu.
"begini..." Fatimah menceritakan segala-galanya. dari A hingga Z, tiada satu pun lagi rahsia Joe kini yang tertinggal. 

Jannah memandang sekeliling. Farizal begitu segak berbaju satin putih dan bersongkok. di satu sudut ibu Jannah tersenyum memandang Jannah. dan beberapa orang adik beradik di sebelah pihak Farizal. Jannah tak keruan. dadanya bagaikan pecah. kata-kata Fatimah terngiang-ngiang di telinganya. tiba-tiba dia terasa seperti ingin mahu lari dari situ. 

"Nur Jannah. kamu setuju untuk bernikah dengan Syed Farizal hari ni?" soalan dari pembantu Imam yang datang ke arah Jannah menambahkan lagi debarannya. Jannah hanya memandang pembantu Imam. kosong. tiada jawapan dari Jannah. "Nur Jannah?" Pembantu Imam kaget. Jannah memandang sekeliling. ibunya yang dihujung sana mengerutkan dahi. dikerlingnya mak cik Farizal yang menjaganya dari kecil. dan tentunya Farizal yang sedang duduk berhadapan dengan Imam merenungnya dengan wajah sugul. Jannah menundukkan kepala. tidak sanggup bertentang mata dengan Farizal. "Nur Jannah. saya tanya sekali lagi. kamu setuju untuk bernikah dengan Syed Farizal?" Pembantu Imam mengulang pertanyaannya lagi. dan Jannah masih menunduk. perasaannya kacau bilau. suasana agak kecoh seketika bila beberapa tetamu mula bercakap-cakap dibelakang. 


"Imam, izinkan saya bercakap dengan Jannah sekejap." Farizal yang sedari tadi menahan gelora dijiwa meminta izin Imam untuk bercakap dengan Jannah. Imam hanya mengangguk.  


Farizal duduk disebelah Jannah di atas bangku di taman berhadapan air terjun buatan yang mengalir tenang. 


"bila..?" Farizal bersuara.

Jannah telan liur. dia tahu apa yang Farizal maksudkan. 
"Jannah tak sedar bila." Jannah menjawab ringkas. perlahan saja. dia mula sebak.
"Abang sedar." Farizal membalas. serentak itu Jannah berpaling pada Farizal. lelaki itu hanya tersenyum hambar. "abang tahu, masa Jannah cakap nak pergi tandas kat mall hari tu sebenarnya Jannah tak ke tandas kan? abang tahu Jannah kejar Joe kan?" Farizal mengimbas kembali insiden yang berlaku di pusat membeli belah lebih kurang sebulan lalu. ketika Jannah diperkenalkan dengan Batrisya. "dan abang tahu, Jannah sebenarnya cemburu bila ada Batrisya di situ." Farizal menyambung kata. 

Jannah tertunduk. tidak sanggup rasanya menatap wajah Farizal. matanya sudah mula digenangi air jernih.


"abang mintak maaf Jannah. abang pentingkan diri. abang mengaku, abang terlalu mendesak Jannah. kalau abang berterus terang dengan Jannah apa yang abang rasakan selepas insiden tu sebulan lalu, mungkin Jannah dah bahagia dengan Joe sekarang." Farizal meluahkan isi hatinya. 


Air mata Jannah tidak tertahan lagi. lalu menitis laju membasahi pipinya yang mulus. hati Farizal sungguh mulia. Jannah benar-benar rasa bersalah. 


"abang... sepatutnya Jannah yang mintak maaf dengan abang. Jannah dah kecewakan abang. Jannah sayang abang tapi Joe..." Jannah tidak dapat menhabiskan ayatnya kerana terlalu sebak. "Joe nak pergi tanpa ucapkan selamat tinggal pada Jannah. sampai hati Joe... Jannah tak nak kehilangan Joe. tapi Jannah jugak tak nak kehilangan abang... Jannah sayang kedua-duanya." Jannah meluahkan perasaannya dengan esakan yang semakin menjadi-jadi. 


Farizal tersenyum. "Jannah.. tak boleh macam tu. Jannah kena lepaskan salah sorang. Jannah sayangkan Joe sebab dia bff Jannah kan? dan abang, Jannah sayang abang kerana sebelum ni, Jannah tak pernah tau macam mana bercinta kan?" Farizal cuba menenangkan Jannah. Jannah cuma mengangguk. kata-kata Farizal itu benar belaka. cuma baru hari ni Jannah berani mengakui hakikat itu. 


Farizal senyum. Jannah.. Jannah... baiklah Jannah, aku sedia berkorban demi kebahagiaan kau. 


"Tadi Jannah kata Joe nak tinggalkan Jannah. bermaksud?" Farizal bertanya kerana dirasakan ayat Jannah tadi tergantung. 

"Joe nak ke Jepun. Berkursus 6 bulan. sekarang dia di Airport." Jannah memberitahu Farizal dengan esakannya masih bersisa. air mata dikelopak mata diseka dengan hujung jarinya. 
"pukul berapa dia terbang?" Farizal menyoal lagi. 
Jannah mengerling jam di tangan. "lebih kurang sejam lagi." Jannah berkira-kira secara rawak kerana dia rasa waktu dia bercakap dengan Fatimah tadi dalam sejam yang lalu. 

Farizal bingkas bangun. "Jannah tunggu sini." selepas memberi arahan Farizal berlalu pergi. tak sampai 5 minit kemudian dia kembali dengan motor besarnya. "nah. pakai ni." Farizal menghulurkan helmet kepada Jannah. 


Jannah kaget. naik motor besar. dengan baju pengantin..? biar betul kau ni.. boleh terkoyak kain aku ni. kereta besar kau mana.


"naik kereta nanti takut jalan jammed." Farizal seakan-akan dapat membaca isi hati Jannah. betul juga kata Farizal. helmet lantas dicapai dan tidak lama kemudian motosikal besarnya memecut laju. mereka langsung terlupa pada tetamu yang ada di dalam rumah yang masih terpinga-pinga.


Jannah berlari dengan pantas setelah Farizal menurunkannya di luar pintu utama KLIA. mencari kelibat Joe. dia berlari-lari dan matanya meliar. namun, Joe masih tidak kelihatan. beberapa pasang mata umat manusia disitu memerhati Jannah. Jannah tak peduli. yang dia tahu, dia tak mahu terlepas penerbangan Joe.  


Pengumuman penerbangan ke Jepun jam 5.20 petang kedengaran di corong speaker. Jannah berdebar. Ya Allah. itu mungkin flight Joe. jangan pergi dulu Joe.. tunggu aku. tiba-tiba Jannah mendapat idea. dia menuju ke unit pelepasan antarabangsa. 


Akhirnya dari jauh dia melihat kelibat Joe yang hampir menuruni tangga bergerak untuk ke kaunter pengesahan passport. dengan sekuat hatinya Jannah menjerit. 


"Joe.....!!!!" mengharap Joe mendengarnya.

syukur. Joe mendengar panggilan itu. dia menoleh. terkejut melihat Jannah dengan pakaian pengantin. Joe akhirnya melangkah pantas mendapatkan gadis itu. 

"Jannah..! apa kau buat kat sini..? bukan ke kau patutnya bernikah sekarang?" Joe menyoal Jannah bertalu-talu. 

Jannah geram. Joe masih berlagak selamba. lalu Jannah menumbuk bahu Joe.
"aduh." Joe mengaduh kesakitan. 
"bodoh. kenapa kau tak terus terang dengan aku..?" Jannah terus menyerang Joe. 
"terus terang?" Joe berpura-pura tidak faham. 
"aku dah tahu segala-galanya. kakak dah bagitahu aku. kenapa Joe. kenapa buat aku macam ni?" Jannah mula menangis. 

Joe faham kini. rupanya kakak dah ceritakan segala-galanya pada Jannah. dia membawa diri ke Jepun juga adalah sebahagian dari alasan untuk dia cuba melupakan Jannah sebenarnya. 


"maafkan aku Jannah. aku dah rosakkan majlis kau kan?" Joe meminta maaf. namun Jannah masih geram. "Joe. bukan itu yang aku nak dengar sekarang." Jannah menejerit kepada Joe. 

"habis tu apa?" Joe masih tidak faham apa sebenarnya yang Jannah mahu. 
"susah sangat ke kau nak terus terang dengan aku yang kau sayang aku selama ni? kenapa Joe? kenapa kau nak berkorban untuk aku sedangkan hati kau sendiri terluka?" Jannah menangis teresak-esak. pengorbanan Joe dirasakan begitu besar. 
"sebab aku sayang kau Jannah. aku nak kau bahagia. kau selalu cakap dengan aku kan, kalau aku bahagia kau pun akan bahagia. macam tu jugak aku, aku nak kau happy. dan aku yakin Farizal mampu buat kau happy. dia Prince Charming yang kau cari-cari selama ni kan?" barulah Joe berani bersuara bila tangisan Jannah makin menjadi-jadi.

"aku tak nak dia Joe. aku nak kau..!" Jannah seakan-akan menjerit memberitahu Joe. 

"habis tu? Farizal?" Joe menyoal inginkan kepastian.
"aku baru kenal dia 8 bulan. dia boleh jadi bff aku yang seterusnya." Jannah tergelak dalam tangisannya yang hampir reda. "aku tak kan tinggalkan bff aku yang 8 tahun aku kenal." Jannah menyambung. 
"betul ni..? kau tak berubah hati kan?" Joe sengaja ingin mengusik Jannah. 
"betul. aku tak sempat nikah lagi pun. nasib baik tau. lepas aku cakap dengan kakak tadi, aku terus datang sini. Farizal yang hantar." Jannah menceritakan saat-saat sebelum kejadian. 

Joe tergelak. "kau memang brutal lah Jannah. tapi, aku tetap kena pergi. 6 bulan lagi aku balik. kau tunggu aku, ok..? janji?" Joe mahu gadis itu berjanji. 

"Janji. aku tunggu kau selama mana pun. 6 bulan. 6 tahun. 60 tahun sekalipun. tapi aku tak jamin masa tu aku masih cun macam sekarang."Jannah masih sempat bergurau. 

Joe gelak kuat. hatinya berbunga-bunga. kalau bukan sebab syarikat yang hantar, mahu saja dia membatalkan niat ke Jepun. dia mahu bersama Jannah. cinta hatinya sejak dulu. 

Panggilan terakhir penerbangan ke Jepun menyedarkan Joe. dia merenung Jannah dengan sayu. 

"aku pergi dulu Jannah. tunggu aku." Joe berkata sayu.
ada air jernih dikelopak mata Jannah. hatinya sayu. ini kali pertama dia berpisah dengan Joe. saat itu baru dia sedar dia tidak boleh kehilangan Joe. 
"aku tunggu..." suaranya antara dengar dengan tidak kerana menahan sebak.

Joe melangkah pergi dengan hati yang berat. namun dia gembira kerana akhirnya, Jannah mengetahui segala-galanya. betapa dia bersyukur. 

"Joe...!!" Jannah berteriak kepada Joe dan jejaka itu berpaling.
Jannah berlari mendapatkan Joe. semakin hampir dan terus Joe dipeluknya erat. "aku sayang kau." terluah jua kata-kata itu akhirnya. Joe tergamam. namun dia membalas pelukan Jannah. dan senyuman terukir. matanya terarah kepada seseorang yang berada nun jauh d sana. rupanya, Farizal dan Batrisya telah menyaksikan drama sebabak itu dari tadi. Joe mengisyaratkan thumb up kepada Farizal dan jejaka itu membalas. dan tersenyum. 


"akhirnya...." tanpa sedar Farizal berkata-kata 
"semoga mereka bahagia. cinta mereka sungguh rumit." Batrisya menambah.
"cinta bff. sekarang i faham maksud bff dalam erti kata yang sebenar." Farizal tersenyum. 

Batrisya masih terdorong melihat pasangan itu yang nun di sana. hatinya tersentuh dengan drama sebabak itu. Farizal berpaling pada gadis itu. 
"sudi jadi bff i?" dia tiba-tiba bertanya pada Batrisya membuatkan mata gadis itu membulat. 
"sorry..?" Batrisya tersipu-sipu dan tidak faham soalan Farizal. Akhirnya Farizal tergelak kuat. 

Kawanan burung mula pulang ke sarang. hari semakin malap. dan senja pun berlabuh pergi dengan membawa bersama hari-hari indah ke ufuk barat. semoga Cinta Jannah terus agung dan melekat di hati Joe buat selama-lamanya....~~~





*************THE END**********






No comments:

Post a Comment