#Part 7
Joe tersenyum sebaik saja memandang Jannah yang ayu berbaju kurung biru lembut. warna kesukaan Joe. panas mentari yang membahang tadi tidak lagi terasa sebaik terpandang wajah ayu Jannah. Jarang melihat Jannah berbaju kurung begitu. selalunya Jannah lebih gemar berseluar jeans dan berbaju T kadang kadang disarung dengan sweater. sungguh simple. memang kena dengan perawakannya yang kasar. haha.. Joe tersengih-sengih.
"kau pehal sengih-sengih nih..?" sergah Jannah sebaik saja mendekati Joe.
"cantik kau pakai baju kurung. ayu je.. tetiba aku jatuh cinta dengan kau." Joe berseloroh.
"sudahlah kau. macam tak pernah tengok aku pakai baju kurung."
"pernah. tapi hari ni lawa lain macam sikit."
"dah. kau tak payah nak bodek aku sangatlah. aku tetap tak sumbangkan duit minyak kete. aku dah cakap sebelum ni kan.."
"hahaha..... kalau betul aku jatuh cinta dengan kau macam mana Jannah..? kau terima tak..?"
"hahaha.... mungkin kalau dah tak de pilihan dan terlalu terdesak. kot. kalau tak, tak hingin aku. kalau hensem mungkin markah tinggi sikit. tapi..... hmmm... malas cakap arhh.."
"kau nak yang hensem saje kan..... macam kau lawa..! hahaha..."
"habis tu, yang cakap aku lawa tadi tu sapa.?? hantu kak limah...???"
"hahaha.... ye la... ye la... kau lawa.....sangat...." Joe mencebik.
"tau tak pe... dah gerak.... aku dah lapa nasik kenduri nih.."
Joe memandu keretanya tenang. Jannah melayan facebook di telefon. tiba-tiba kedengaran lagu yang berkeroncong di radio. lagu allycats. andainya aku pergi dulu. Joe turut menyanyai nyanyi kecil mengikuti rentak lagu tersebut. tiba-tiba beliau bersuara.
"Jannah. kalau one day kan, aku pergi dulu sebelum kau, kau jangan sedih-sedih tau. hanya aku je yang mampu jaga kau baik-baik. orang lain tak kan mampu nye..."
Jannah yang disebelah tempat duduk penumpang tersentak.
"merepek lah kau, Joe. kau sorang pergi, 1000 datang kat aku tau. hahaha..."
"ye la.. aku tau.. tapi dalam 1000 tu aku sorang je yang betul-betul paham kau yang seribu satu macam perangai nih. orang lain yang datang kejap-kejap dekat kau tu sebab nak lepaskan rindu bila aweks-aweks dorang tak de je tau.... lepas tu hilang entah ke mana... haha.." Joe berseleroh. dia betul-betul maksudkan kawan-kawan lelaki Jannah yang selalu datang tak kena time. lepas tu blah macam tu je... kadang-kadang kesian jugak dengan mak cik nih. nak berkawan sangat. tapi tak reti cara-cara. Joe tersengih-sengih.
"dorang tu datang kejap-kejap sebab kau arhh... asyik nak berkepit dengan aku je.... sebab kat mana ada aku mesti ada kau. sibuk je..." Jannah cuba mempertahankan diri. selamba. tidak bermaksud apa-apa.
Namun, tanpa disedari, sebaris ayat Jannah itu telah membunuh senyuman dan sengihan Joe yang sedari tadi menghiasi wajahnya yang agak good looking itu. beliau tersentap. rasa terhina. entah mengapa. kali ni beliau amat terasa dengan kata-kata Jannah itu. sedangkan sebelum ni, ayat yang lebih teruk dan lebih pedih keluar dari mulut Jannah pernah memanah anak telinganya. tidak pernah sekalipun dia terasa hati. malah, dia akan menjawab dan berlawan kata dengan Jannah sampai gadis itu penat untuk membalas lagi. Namun kali ini, hatinya benar-benar terluka dengan kata-kata Jannah sebentar tadi. betul ke kehadiran aku ni hanya menyusahkan kau Jannah..?? benarkah begitu..? Persoalan itu hanya dibiarkan bermain-main diminda Joe sahaja.
Sepi, tiada lagi kata-kata dari Joe mahupun Jannah. Joe terus memandu dengan hatinya yang lara. Jannah pulak sibuk dengan Candy Crush.
#bersambung ke part 8
No comments:
Post a Comment