#Part 12
Mana pulak Joe ni. kate pukul 8. ni dah dekat 8.30 bayang-bayang gelap pun tak nampak lagi. ish.. ni aku marah nih..! Jannah mencuka. air teh o ais yang diatas meja disedutnya. matanya menatap tv yang di pasang. sesekali meliar ke tempat letak motor kot-kot Joe muncul. sesekali menjeling jam di tangan.
"tunggu seseorang..?" tiba-tiba Jannah disapa si jejaka yang begitu kacak tersenyum memandangnya.
Hampir gugur jantung Jannah melihat senyuman itu.
"eh...! haiii.... encik... err... encik... err..." Jannah cuba mengingati nama jejaka itu.
"Farizal." jejaka tampan membantu Jannah yang terkial-kial cuba mengingati.
"yeah... encik Farizal... what a coincidence." Jannah seolah-olah teruja melihat jejaka itu.
"tak nak pelawa saya duduk ke..?" Farizal berpura-pura.
"sila. sila." pelawa Jannah.
"sorang je. bff u tak datang?" Farizal mula memainkan peranannya. Drama ni harus berjaya. Jannah tidak boleh tahu tentang pertemuan yang dirancang ni.
"tengah tunggu dia la ni. encik farizal..?"
"Fariz. Please." Farizal tidak selesa berencik-encik. "and yes. sorang." Farizal tersenyum.
"Oh. maaflah. saya tak biasa panggil orang yang lebih senior dari saya dengan nama je.." Jannah berterus terang.
Farizal tergelak. "ok. what ever. so boleh i duduk sini sampai Joe datang?"
"eh, mana encik Fariz tahu nama kawan saya?" Jannah curious.
gulp. bodoh. Farizal tersedar kesilapannya. "kan hari tu u ada cakap. lupa ye..?" Farizal cuba berdalih.
"oh.. ya ke.. saya pun dah lupa. tajam jugak memori encik Fariz nih. pakai window berapa nih..?" Jannah langsung tidak dapat menghidu tembelang yang dicipta.
"unlimited window kot" Farizal tergelak begitu jugak Jannah.
Lama mereka berbicara. bermacam-macam cerita yang perkatakan. sunguh. Jannah memang mudah diajak berbual. berbagai-bagai topik. langsung tidak kekok. walaupun ini baru kali kedua bertemu dengan Farizal secara tidak sengaja. langsung tak sedar masa yang sudah bergerak pantas. tiba-tiba henfon Jannah berdering. dicapainya. tertera nama Joe.
"Joe... kat mana... dah pukul berapa ni..." Jannah menjeling jam sekilas. sejak dari tadi dia leka berbual hingga terlupa nak tengok jam. "hah..! dah dekat pukul 10. kau tak jadi datang ke Joe..?" Jannah mengaku. dia hampir lupa tentang Joe bila dapat berbual dengan Farizal.
"Maaflah Jannah, aku demam. tertidur lepas maghrib tadi tak teringat nak call kau." Joe berpura-pura. suaranya sehabis mungkin cuba di control.
"demam..? bila kau demam..? kau dah makan belum..? aku datang tengok kau eh..?" Jannah menyoal Joe bertalu-talu.
"eh. tak yah la Jannah. kakak aku tak de. balik kampung. tak kan kau datang berdua-dua pulak kat rumah aku ni kang. tak nak aku kawen free..." Joe sempat bergurau.
"ala.. tak pe la.. kat pagar pun dah ok.. aku nak tengok kau je beb. kalau kau tak makan aku belikan makanan eh" Jannah memujuk.
"tak yah... aku nak tido je. aku dah makan pun tadi. kakak aku buatkan bubur." Joe beralasan lagi.
"aik. tadi kau kata kakak balik kampung. ni buatkan bubur pulak. mana satu kau ni..? kau tipu aku ea Joe..?" Jannah sudah mula curious.
Joe tepuk dahi. "kakak aku baru je betolak lepas isya tadi. sebelum tu dia ada masakkan bubur untuk aku. kesiankan adik dia ni kan... dah kurus demam sekejap je dah susut 2kg. kau tau..?" Joe bergurau agar tak dapat menghidu pembohongan beliau.
"blah la Joe.. demam belum sampai 24 jam dah susut 2kg..? kau ingat aku tak sekolah ke..? aku pemengang diploma, ok.?" Jannah langsung tidak mengesyaki apa-apa.
"ye la.. kau memang bijak.. dah. aku nak pegi makan bubur ni. pastu aku nak telan panadol. pastu aku nak tido. bye.." Joe ingin cepat-cepat mematikan talian.
"ok. take care Joe... get well soon.." Jannah mematikan talian.
"is it Joe..?" Farizal bertanya walau sudah tahu.
"haah. demam pulak dah... pagi tadi je elok mamat tu. ajak lepak kat sini malam ni. tup tup demam pulak." Jannah mengimbas kembali detik perbualannya dengan Joe pagi tadi dimana Joe mengajaknya makan malam di lokasi dia dan Farizal berada sekarang. "kesian pulak dia. kakak dia tak ada. balik kampung. macam mana la agaknya keadaan dia" Jannah menyambung.
Farizal serba salah. dia perasan akan perubahan pada wajah Jannah ketika itu lalu membuatkan dirinya tertanya-tanya.
"risau benar nampaknya u. is it Joe special for u..?" lantas dilontarkan persoalan itu kepada Jannah.
"haha... special..? me and Joe..? hmm... entahla.." Jannah rasa agak lucu soalan dari Farizal itu.
"no. im serious. i need to know. Joe boyfriend Jannah ke..?" Farizal tidak berpuas hati dengan jawapan Jannah itu.
"of course not. hahaha... dia tu teman sepermainan masa saya belajar dulu. polytech. kebetulan satu negeri. daerah je lain-lain. kebetulannya lagi, satu kelas. kalau ada presentation, asyik satu kumpulan dengan dia je.. tapi dia ni baik.. dan kena dengan kepala saya ni. yang paling memahami. thats why sampai now, kitaorang jadi kawan baik. dah hampir 8 tahun dah.. haha.. Joe.. Joe.." Jannah menerangkan pada Farizal. terimbas kembali kenangan zaman mereka belajar bersama dulu. Joe memang penyabar orangnya. walau selalu kena buli dengan Jannah, namun Joe tetap setia melayan Jannah yang kepala angin itu.
"macam tu.." Farizal membalas ringkas.
"kenapa En.Fariz bertanya?" Jannah menyoal Farizal
"tak de la.. sebab selalunya, antara lelaki dan perempuan, tak pernah terjadi istilah kawan baik. lagi, dah hampir 8 tahun pulak tu.. tak kan la u tak de langsung perasaan kat Joe..?" Farizal ingin memastikan.
"seriously, trust me. Joe kawan saya. saya tak pernah ada kawan sebaik dia. he is my best friend forever. tak kan ada sahabat yang lebih baik dari dia dalam hidup saya. dunia dan akhirat." Jannah menghabiskan ayat itu dengan senyuman.
"wau... Joe really lucky ada kawan sebaik u. tapi, jangan one day, u find out yang u tiba-tiba jatuh hati dengan dia and at the moment dia pulak dah ada orang lain. menangis u nanti." Farizal cuba menakutkan-nakutkan Jannah. namun dia bersyukur mendengar pengakuan itu dari mulut Jannah sendiri. bermakna peluangnya cukup besar untuk memenangi hati gadis itu.
"hahaha.. trust me. am not..! saya akan bahagia kalau dia bahagia. saya ada jugak cakap dengan dia sebelum ni, jangan asyik nak berkepit dengan saya je.. pegi cari awek. tapi katanya tak bersedia lagi nak bercinta. dia tunggu saya kawen baru dia kawen. hahaha... Joe.. Joe... gila lah mamat tu." Jannah masih bercerita tentang Joe.
Farizal lega. Joe bersih. Jannah totally single. jauh disudut hati, dia berterima kasih kepada lelaki itu kerana pertemuaan yang diaturnya malam ini tidak sia-sia.
#bersambung ke part 13
No comments:
Post a Comment