Monday, January 12, 2015

CINTA JANNAH

#Part 14

Joe memandu tanpa arah tujuan. luluh sudah hatinya. dia marah. marah pada diri sendiri. marah kerana tidak berani berterus terang pada Jannah. marah kerana dia telah bersetuju untuk menolong Farizal menemukan mereka berdua pada malam ini. marah dengan segala-galanya. Ya Allah. kenapa harus begini. ujian apakah ini?

Akhirnya Joe menghentikan kereta di atas Bukit Ampang. pandangannya dilontarkan jauh ke arah menara KLCC dan menara Kuala Lumpur. namun, fikirannya bukan disitu. ianya jauh terbang. melayang-layang. dia teringatkan Jannah. Jannah tersenyum. Jannah ketawa. Jannah merajuk. gadis kecil molek itu seakan menari-nari diruang mata Joe ketika ini. 

Seketika, masih terbayang betapa gembiranya Jannah melayan Farizal berbual tadi. dan Farizal kelihatan begitu beria-ria. puas hati beliau dapat bertemu pujaan hati. itu semua atas usaha aku..! Joe memberontak. kau pengecut Joe..! pengecut..! kalau kau berani, Jannah dah tentu jadi hak milik kau sekarang..! Joe meraup wajahnya berkali-kali. menyesal akan tindakannya.

Joe terus melayan perasaannya. tanpa sedar jam hampir menunjukkan 12 tengah malam. henfonnya berdering. dikeluarkan dari poket seluar. tertera nama Jannah. Joe hanya membiarkan hingga nada deringannya berakhir. dia yakin Jannah ingin bercerita tentang Farizal. Joe tak kuasa mendengar. tentu hatinya sakit. 

Dia menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya. terasa nyaman. angin yang bertiup di atas Bukit Ampang begitu menyegarkan. seketika, dia menoleh pada pasangan yang berada tidak jauh darinya. bergelak ketawa. sesekali si jejaka mengambil gambar si gadis yang beria-ria berposing. Joe sakit hati. cemburunya dia pada jejaka itu tiba-tiba saja datang. kalaulah dia berani berterus terang dengan Jannah, dah tentu dia juga seperti mereka sekarang. bergambar. bergelak ketawa dan membonceng moto bersama. 

Joe melangkah ke keretanya. sebaik saja masuk ke dalam kereta, mesej whatsapp berbunyi. 

"Joe, cepat baik. aku doakan kau. bff ok..?? good night Joe... see u soon." ringkas. namun ianya menggoncang emosi Joe. ya. kita akan bertemu lagi Jannah. tapi tak kan sama. Farizal yang bakal mengisi hatimu. mungkin dialah juga orang yang kau tunggu-tunggu selama ni. Joe merintih. 


#bersambung ke part 15


No comments:

Post a Comment