Thursday, January 15, 2015

CINTA JANNAH

#Part 19

Jannah mendial nombor Joe entah untuk kali yang ke berapa. namun, kesemuanya dijawab oleh mesin. Jannah geram. saat ini dia betul-betul perlukan Joe. dia perlu kepastian betulkah gadis bertudung di pasaraya hari tu adalah adik angkat Joe. dan dia ingin tahu sejak bila mereka berangkat-angkat. 

Jannah tak puas hati kerana Joe tidak menceritakan tentang hal adik angkatnya itu kepada Jannah sedangkan selama 8 tahun berkawan baik tiada satu rahsia pun yang Joe sembunyikan dari Jannah. begitu juga Jannah. tak pernah walau 1 cerita yang Jannah tak sampaikan pada Joe. 

Terbayang wajah gadis bermata sepet seperti kacukan cina di pasaraya tempoh hari. comel. seperti mesra saja dengan Joe. betul ke itu adik angkat Joe. atau itu awek Joe. Jannah berteka teki. dia masih tidak berpuas hati. 

Dia menghempaskan badannya ke tilam empuk. fikirannya melayang. sejenak wajah gadis sepet seperti kacukan cina itu bermain-main difikirannya lagi. dia berpusing kanan. ternampak lagi. ke kiri pun ternampak lagi gadis itu dengan Joe. arhh...!! jiwa kacau. Jannah tak tahu kenapa tiba-tiba saja gadis misteri itu datang megganggu Jannah ketika dia sedang menanti hari-hari bahagianya. Jannah terasa satu perasaan asing. perasaan yang tak mampu diungkapkan. Jannah buntu. 

Henfon Jannah berdering. pantas tangannya mencapai telefon tanpa melihat skrin terlebih dahulu. 

"Joe..!!" Jannah hampir menjerit. pemanggil dihujung talian terkejut.
"sayang. ni abang la.." Farizal bersuara lembut. tapi agak lain nadanya seperti biasa. 
"oh. maaflah. abang kat mana?" Jannah berlagak biasa.
"abang ada kat rumah. Jannah tengah tunggu panggilan Joe ke..?" Farizal bertanya. nadanya masih seperti tadi.
"tak lah." Jannah terkedu seketika. "tadi Joe call. dia nak balik kampung, dia tanya ada nak kirim apa-apa tak untuk mak dengan ayah. baru je Jannah nak jawab tetiba line terputus." Jannah mereka cerita demi menyelamatkan diri. "oh... macam tu.." Farizal tahu Jannah berbohong. tapi dia cuba untuk tidak memanjangkan cerita. "sayang nak makan? abang lapar la.. tapi tak de teman. jom temankan abang makan. boleh?" walaupun dia ragu-ragu dengan Jannah, Farizal tetap mempelawa gadis kesayangannya. 
Jannah serba salah. dia betul-betul tak ada mood malam itu. dia hilang fokus. dia menanti panggilan dari Joe. sebolehnya dia mahu cepat menamatkan panggilan dan dia tak bercadang untuk keluar walaupun dengan Farizal. 

"Jannah diet la, abang.. nanti takut tak muat pakai baju kawen." Jannah tergelak kecil. mencipta alasan namun sempat bergurau agar Farizal tidak terasa hati. baginya alasan itu sudah cukup kukuh. namun dia tak tahu telinga Prince Charming sudah membengkak dihujung talian.  
"oh, macam tu tak apalah. abang makan sorang je.. bye." Nada suara Farizal sudah berubah seratus peratus. talian dimatikan. belum sempat Jannah melontarkan kata-kata seterusnya. 

Jannah terpaku. terkejut dengan tindakan Prince Charming yang tiba-tiba memutuskan talian. dia tahu Farizal marah. tapi selalunya tidak begitu. Farizal akan memujuk sehingga Jannah bersetuju dengan sesuatu perkara. 

Namun Jannah hanya membiarkan. niat hendak menelefon semula Prince Charming terbantut sebaik saja teringatkan Joe. dia masih menanti panggilan Joe. mana Joe ni... tolonglah call aku walau sekali. please Joe... Jannah merayu-rayu dalam hati. 

#bersambung ke Part 20

No comments:

Post a Comment