#Part 11
Sudah hampir 10 minit Joe didalam kereta. saja dia bawak kereta hari tu. cadangannya dia ingin membawa Jannah ke satu tempat. untuk meluahkan perasaannya. Joe datang satu jam lebih awal dari masa yang dijanjikan. perasannya ketika itu hanya Tuhan yang mengetahui. Joe berlatih.
"Jannah... aku ada benda nak cakap ni.." "Jannah.. aku ada hal sikit ni." "Jannah... aku sayang kau.."
"arhhhh..... Joe. come on Joe. come on...!! fokus..!!"
Joe berkata-kata sendiri. sudah scene yang keberapa. dia pun dah tak ingat. Joe gementar. sumpah. selama hari ni tak pernah terlintas difikiran beliau, babak sebegini akan terjadi dalam hidupnya. drama. sungguh drama. Joe memberontak.
Joe menarik nafasnya dalam-dalam dan dihembusnya. namun, gelora dihati tetap tidak dapat ditahan. Joe mengambil keputusan untuk keluar dari kereta. mungkin dalam mamak nanti, beliau boleh memikirkan cara lain. lantas beliau melangkah keluar dari kereta.
Sebaik melangkah masuk ke dalam mamak, Joe mencari tempat duduk yang agak terpencil. setelah memesan air, Joe duduk menyandar menenangkan diri sambil matanya menonton tv yang dipasang di kedai mamak. namun, hatinya tetap tidak tenang.
Dalam pada itu, selang beberapa meja Joe tidak perasan, ada sepasang mata milik jejaka tampan yang memerhati tingkah Joe. jejaka tampan yang tidak pasti, adakah ini orangnya. malam itu, dalam kesamaran cahaya saja dia memerhati Joe. tidak nampak dengan jelas wajah Joe. namun, diberanikan dirinya mendekati Joe.
"hai.." sapa jejaka tampan.
"hai.." Joe membalas dengan wajah yang penuh tanda tanya.
"boleh duduk sini..?" jejaka tampan bertanya.
"err.. sure." sudah.. apahal sure pulak.. kan aku tengah tunggu Jannah ni.
baru saja Joe ingin berkata sesuatu, jejaka tampan sudah selamat melabuhkan punggungnya di kerusi. berhadapan dengan Joe.
"sorry kalau mengganggu. saya cuma nak tanya, u ni kawan Jannah kan..?" jejaka tampan memulakan bicara.
Joe mengerutkan dahinya sebelum menjawab "ya. saya. encik ni siapa?"
"saya Farizal. simply call me Fariz." Farizal menghulurkan tangannya kepada Joe.
"Joe." giliran Joe memperkenalkan diri.
Farizal tersenyum. Joe curious. mamat ni nak apa sebenarnya. mana dia kenal Jannah. tapi, series. mamat ni betul-betul hensem gila..! Joe menelan liur. adakah..?
"begini Joe. sebenarnya saya ada hal nak bincang dengan Joe." suara garau si jejaka mematikan lamunan Joe yang baru saja mahu berfikir bukan-bukan.
"ya? ada apa tu? saya kenal encik ke?" tanya Joe bertalu-talu.
Farizal tergelak. "tak. kita saling tak berkenalan. tapi, saya pernah becakap dengan Jannah. masa tu dia tengah tunggu u. u ingat lagi masa motor dia rosak dulu kat sini..? Farizal mengimbas kembali detik-detik dia bertemu Jannah.
"ohhh.... ingat. ingat." Joe ingat lagi masa tu. moto Jannah rosak. dia datang tolong repair berbekalkan sedikit ilmu dia tentang motosikal. tapi dia tak tahu pulak sebelum dia datang ada drama Jannah dengan mamat ni. Jannah tak bagitau pun.
Tapi, Joe tak pelik, takdir Jannah memang selalu begitu. mudah disapa oleh jejaka. sedangkan Jannah tak tahu pun entah dari mana datang jejaka tu walaupun tengah menikmati satu mangkuk bihun sup, Jannah sempat lagi disapa oleh pelayan gerai bihun sup tersebut. mungkin Jannah kelihatan menarik pada pandangan mereka. cuma dia yang dah hampir 8 tahun menjadi sahabat baik Jannah itu tak menyedari akan hal itu. Joe kesal.
"err.. macam ni Joe" Farizal bersuara lantas mematikan lamunan Joe.
"saya lebih suka berterus-terang. sejak malam tu, saya cuba cari Jannah. sejak malam tu jugak, boleh dikatakan tiap-tiap malam saya datang sini termasuklah hari cuti semata-mata untuk check it out samada Jannah ada melepak di sini atau tak. saya teringin nak berbual dengan dia lagi." Farizal berterus-terang dengan Joe. dia tersenyum.
Joe telan liur. semangatnya berterbangan. Joe seolah-olah di awang-awangan. Joe dah dapat agak apa sebenarnya yang mamat ni nak. namun, dia berpura-pura.
"jadi..?" Joe menyoal Farizal.
"jadi, boleh tak saya nak mintak tolong sikit dengan Joe?"
walaupun dah dapat agak apa jenis pertolongan Farizal itu, Joe tetap menyoal. "tolong yang macam mana tu?"
Farizal tersenyum.
#bersambung ke part12
No comments:
Post a Comment